CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23618|Reply: 0

[Sarawak] Isu pengambilan guru bukan graduan pendidikan ditapis SPP

[Copy link]
Post time 15-2-2026 12:46 PM | Show all posts |Read mode


MENURUT Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Roland Sagah Wee Inn, proses tapisan calon dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

KUCHING: Isu pengambilan guru bukan daripada graduan pendidikan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Roland Sagah Wee Inn.

Beliau menjelaskan bahawa dasar pengambilan guru adalah hasil keputusan KPM, manakala proses tapisan calon akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengikut jumlah permohonan dan kekosongan sebenar.

“Mereka (KPM) akan lihat berapa ramai yang memohon, termasuk graduan daripada Institut Pendidikan Guru dan universiti swasta yang mengambil kursus relevan.

“Tetapi kadang-kadang mereka tidak ada Diploma Pendidikan atau kelayakan ikhtisas, jadi tidak semestinya mereka akan terus diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Ibu Pertiwi, pagi ini.

Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengenal pasti jumlah kekurangan guru memandangkan wujud faktor persaraan dan peletakan jawatan daripada kalangan guru sedia ada.

Beliau berkata calon yang masih diperlukan boleh dilantik sebagai guru Kontrak Perkhidmatan dan mereka kemudian dihantar mengikuti latihan Diploma Pendidikan.

Dato Sri Roland menegaskan bahawa kerajaan negeri menyokong langkah KPM mengambil graduan bukan pendidikan sebagai guru. “Kita sokong dan mahu banyak lagi,” ujarnya.

Terdahulu, KPM mengumumkan pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Kontrak Perkhidmatan bagi memenuhi keperluan guru di sekolah seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dan persediaan menghadapi kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela.

Pengambilan akan dilakukan dengan kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), dengan permohonan dibuka dari 2 hingga 20 Mac 2026, diikuti saringan temuduga 27 April hingga 14 Mei 2026.

Calon terpilih diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum penempatan.


Sumber : Utusan Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.117103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list