CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22956|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas rugi RM549,448 terperdaya pinjaman tidak wujud di Facebook

[Copy link]
Post time 15-2-2026 10:49 AM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan

MIRI: Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun kerugian RM549,448 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket ‘pinjaman wang tidak wujud’ yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) menerima laporan berhubung kes tersebut semalam.

Menurut beliau, mangsa yang merupakan pekerja swasta di daerah ini tertarik dengan tawaran pinjaman peribadi yang diiklankan di Facebook sebelum berurusan dengan suspek yang menyamar sebagai ejen pinjaman menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah diminta membuat beberapa bayaran kononnya bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan pinjaman.

“Mangsa kemudian melakukan sebanyak 106 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun berbeza seperti diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM549,448.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas mendapatkan nasihat daripada anaknya, sebelum tampil membuat laporan polis,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Mohd Farhan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pinjaman peribadi yang diiklankan secara dalam talian, terutamanya yang meminta bayaran proses atau deposit terlebih dahulu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menyemak lesen syarikat pinjaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta membuat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule atau aplikasi Check Scammers CCID sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

“Orang ramai yang baru sahaja membuat transaksi mencurigakan juga digalakkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan pantas membekukan aliran wang,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai boleh mengikuti Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan.


Sumber : Utusan Borneo


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.037783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list