CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31350|Reply: 0

[Sabah] Buku apa yang rakyat Sabah harus tahu tawarkan pemahaman sejarah politik Sabah

[Copy link]
Post time 14-2-2026 05:17 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Joniston menyempurnakan pelancaran buku berkenaan di Perpustakaan Negeri Sabah, Tanjung Aru.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata buku Apa Yang Rakyat Sabah Harus Tahu menawarkan pemahaman bernilai mengenai sejarah politik Sabah daripada perspektif salah seorang wartawan terkemuka negeri ini, Allahyarham Datuk Mohd Fauzi Patel.

Beliau berkata, penulisan buku sejarah ialah satu usaha penting kerana ia membolehkan masyarakat melihat sesuatu peristiwa daripada pelbagai sudut pandang, selain menyediakan konteks bagi mentafsir perkembangan yang berlaku.

“Saya percaya buku ini hadir pada waktu yang tepat kerana ia mengetengahkan perspektif seorang tokoh kewartawanan yang terkenal dalam sejarah Sabah,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai, pada majlis pelancaran buku di Perpustakaan Negeri Sabah, di sini.

Menurutnya, tajuk buku itu mengajak masyarakat berfikir secara kritis mengenai sejarah politik Sabah yang masih belum difahami sepenuhnya oleh orang ramai.

Katanya, buku berkenaan juga menekankan kepentingan dokumentasi lebih menyeluruh serta keperluan memperluaskan wacana awam supaya sejarah negeri dapat difahami dengan lebih jelas.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Datuk James Sarda dan Datuk Dr Danny Wong atas usaha menerbitkan buku berkenaan, yang dijangka menjadi rujukan penting kepada masyarakat dan penyelidik.

Beliau berkata Sabah memerlukan lebih banyak karya seumpama itu, khususnya ketika pelbagai isu penting berkaitan sejarah dan kedudukan negeri terus menjadi perhatian.

“Masih banyak peristiwa lampau yang perlu difahami dengan lebih mendalam kerana kesannya masih dirasai hingga kini,” katanya.

Buku itu menghimpunkan pandangan, pemerhatian serta catatan Allahyarham Fauzi Patel mengenai pelbagai isu dan kontroversi berkaitan Sabah, termasuk sebelum dan selepas pembentukan Malaysia.

Sebahagian catatan berkenaan kekal relevan dan terus menjadi bahan perbincangan dalam kalangan masyarakat serta pemerhati politik.

Allahyarham Fauzi Patel dikenali sebagai wartawan sepenuh masa pertama Sabah pada tahun 1954 ketika negeri ini masih dikenali sebagai Borneo Utara British.

Sepanjang kerjayanya, beliau berkhidmat dengan beberapa organisasi media utama termasuk Sabah Times, Kinabalu Times dan Kinabalu Sabah Times.

Beliau juga menulis ruangan Ahad untuk Daily Express yang memuatkan analisis berkaitan isu negeri serta perkembangan nasional yang memberi kesan kepada Sabah.

Penerbitan buku itu dilihat mampu menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam mengenai sejarah politik Sabah serta memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap perjalanan sejarah negeri.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.232816 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list