CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27911|Reply: 0

[Sarawak] Sabah perlukan lebih RM200 bilion untuk pembangunan, tuntutan geran khas 40 peratus

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:42 PM | Show all posts |Read mode


ANUAR

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan lebih RM200 bilion bagi memenuhi keperluan pembangunan asas termasuk infrastruktur, bekalan air, elektrik, keselamatan makanan dan kesihatan, selaras dengan hak geran khas 40 peratus seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu analisis yang disediakan Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Anuar Ghani, yang menegaskan jumlah berkenaan perlu dijadikan asas rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan pembangunan Sabah dapat dipercepatkan.

Menurutnya, keperluan kewangan itu merangkumi pelbagai sektor kritikal, termasuk sekurang-kurangnya RM100 bilion bagi menaik taraf dan membina jalan raya negeri di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri, selain RM17 bilion bagi projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi di seluruh negeri.

“Sabah juga memerlukan sekitar RM30 bilion bagi menggantikan paip air lama sepanjang 20,000 kilometer serta RM15 hingga RM20 bilion bagi meningkatkan kapasiti bekalan elektrik bagi menampung permintaan masa depan yang dijangka meningkat kepada 2,600 megawatt menjelang 2036.

“Selain itu, sektor keselamatan makanan memerlukan sekurang-kurangnya RM1.6 bilion bagi sistem pengairan untuk meningkatkan tahap sara diri beras kepada 60 peratus menjelang 2030,” katanya.

Anuar turut menjelaskan keperluan pembiayaan pembangunan itu berkait rapat dengan hak Sabah menerima geran khas 40 peratus daripada hasil Persekutuan yang dikutip di negeri ini, seperti diperuntukkan dalam Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pada 17 Oktober 2025, Sabah Law Society berjaya memperoleh keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan semakan semula pembayaran geran khas itu bagi tempoh 1974 hingga 2021, selain membatalkan bayaran interim yang disiarkan melalui warta Persekutuan.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, yang jika berjaya boleh membatalkan keseluruhan penghakiman berkenaan.

Anuar berkata, pada masa sama, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berjaya memperoleh bayaran RM600 juta bagi tempoh 2024 dan 2025, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding RM54.7 juta diterima pada 2018.

“Perjuangan hak 40 peratus Sabah yang dibangkitkan sejak sekian lama oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, melalui bukunya Justice for Sabah sejak 2006 juga perlu ditekankan.

“Pembayaran penuh geran khas itu penting bagi memastikan Sabah mampu menangani jurang pembangunan yang masih ketara, termasuk masalah bekalan air, elektrik dan infrastruktur luar bandar,” katanya.

Dalam masa sama katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, memberi komitmen untuk memastikan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 terus dipertahankan dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf, mengumumkan penstrukturan semula jawatankuasa pelaksanaan MA63 bagi memperkukuh penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Peningkatan perbelanjaan pembangunan dan pelaburan mampu membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah, yang mencatat RM84.3 bilion pada 2024, selain meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri ini,” katanya.

Katanya, pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan pelancongan penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang serta memastikan Sabah mampu mencapai tahap pembangunan setanding wilayah lain di negara ini.

“Rundingan berterusan antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dilaksanakan secara telus dan berlandaskan Perlembagaan bagi memastikan hak kewangan Sabah dipenuhi sepenuhnya.

“Perancangan menyeluruh, tadbir urus baik dan pelaksanaan berkesan penting bagi memastikan pembangunan Sabah dapat dipercepatkan dan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.321938 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list