CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17486|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak sedia anjur Sukan SEA 2027, naik taraf fasiliti giat dilaksanakan

[Copy link]
Post time 13-2-2026 05:38 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim dan Mordi bertukar cenderamata semasa sesi kunjungan hormat di Baitulmakmur II, Kuching pagi tadi. Turut kelihatan, Rentap (dua kiri), Chong (tiga kanan) dan Abdul Rashid (dua kanan) serta yang lain. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Sarawak bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 dengan kerja-kerja naik taraf fasiliti sukan sedang giat dilaksanakan bagi memastikan penganjuran berjalan lancar serta memenuhi piawaian antarabangsa.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengulangi komitmen penuh Kerajaan Sarawak terhadap persiapan penganjuran temasya dwitahunan itu, termasuk pelaksanaan bengkel dan mesyuarat berkala bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di peringkat Persekutuan.

“Hari ini amat bermakna kerana KBS melalui Timbalan Menteri Mordi Bimol yang juga anak Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke kementerian ini bagi membincangkan persiapan Sukan SEA, memandangkan kita mengendalikan portfolio yang sama,” ujarnya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027 Datuk Abdul Rashid Yaakub turut berada di Sarawak bagi mengendalikan bengkel persediaan.

“Ini menunjukkan tahap keseriusan kita dalam memastikan semua venue dan aspek penganjuran sukan kita (Sarawak) berada pada tahap terbaik lebih setahun sebelum temasya bermula,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada 17 acara sukan, manakala Kuala Lumpur akan menganjurkan 14 acara.

“Lebih mengujakan apabila Sarawak bakal menjadi venue pembukaan sukan SEA 2027 dan kita telah lama membuat persedian ke arah itu.

“Justeru, kerja-kerja naik taraf fasiliti mesti disiapkan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Sukan SEA bermula supaya atlet dapat menyesuaikan diri dengan venue pertandingan,” katanya.

Beliau berkata, antara fasiliti yang akan dinaik taraf termasuk gelanggang menembak yang memerlukan tambahan kira-kira 10 hektar tanah bagi menyediakan kemudahan ‘skeet’ dan ‘trap.’

“Saya sendiri akan membentangkan perkara ini kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 20 Februari ini kerana kita mahu semua proses dipercepatkan,” katanya.

Sementara itu, Mordi berkata KBS akan memberi sokongan penuh kepada Sarawak sebagai tuan rumah utama.

“Kita beri kepercayaan penuh kepada Yang Berhormat Menteri (Dato Sri Abdul Karim) sebagai ketua penganjuran dan di peringkat Persekutuan, kami akan membantu dari segi teknikal serta sumber yang diperlukan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan beberapa acara sukan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan sebagai acara pemanasan sebelum temasya berlangsung.

Mengulas isu sama, Abdul Rashid menekankan penganjuran acara pemanasan merupakan amalan biasa bagi tuan rumah sukan utama.

“Daripada 38 acara, kita mungkin pilih sekitar lapan hingga 10 acara sebagai ujian sama ada di Sarawak, Kuala Lumpur atau Pulau Pinang bagi menilai kesiapsiagaan fasiliti,” katanya.

“Untuk makluman media, kita belum memilih acara pemanas badan itu kerana masih banyak fasiliti sukan dalam peringkat pembaikan atau naik taraf.

“Untuk itu, saya banyak berbincang dan berhubung dengan Datuk Hii (Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee) yang kini ibarat adik sendiri," katanya.

Abdul Rashid juga bersetuju bahawa persediaan Sarawak dalam Sukan SEA 2027 jauh terkehadapan bukan sahaja dari kesediaan sebagai hos pembukaan acara malah dari segi persediaan fasiliti venue acara.

“Suka saya menyebut bahawa Sarawak macam dah potong Persekutuan dan mereka bergerak dengan amat pantang, berbanding negeri-negeri lain.

“Oleh itu, saya percaya suatu hari nanti, Sukan SEA untuk 18 tahun atau 20 tahun akan datang akan diadakan di Sarawak melihat contoh Thailand.

“Negara itu membawa Sukan SEA dari Chiang Mai kepada Korat, jadi Kuala Lumpur beri pula kepada Sarawak sepenuhnya," kata Abdul Rashid.

Mengulas aspek kewangan, Abdul arim berkata kos keseluruhan penganjuran Sukan SEA 2027 dianggarkan sebanyak RM700 juta dengan pembahagian sama rata antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

“RM350 juta ditanggung oleh Sarawak dan RM350 juta oleh Persekutuan untuk kos penganjuran sahaja, manakala kos prasarana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak telah menandatangani surat jaminan bagi mengesahkan komitmen kewangan tersebut.

“Kita benar-benar serius dan mahu memastikan Sukan SEA 2027 menjadi temasya terbaik yang pernah dianjurkan di Malaysia,” katanya.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri MYSED Dato Gerald Rentap Jabu dan Ahli Parlimen Stampin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Chong Chieng Jen serta rombongan dari KBS.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.383064 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list