CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32536|Reply: 1

[Kedah] Pekerja kilang didakwa bunuh ibu

[Copy link]
Post time 12-2-2026 03:43 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja kilang didakwa bunuh ibu

M Hifzuddin Ikhsan - Februari 11, 2026 @ 11:54am




ALOR SETAR: Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandung sendiri dengan cara menikam mangsa di sebuah rumah di sini, awal minggu lalu.

Amirul Shafiq Shamshul, 29, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Eliana Ismail, namun tiada pengakuan direkodkan berikutankes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh ibunya, eksekutif operasi bank, Zahrullail Basir, 52, antara jam 3.15 hingga 8 pagi di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, pada 2 Februari lalu.

Amirul Shafiqdidakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun atau disebat minimum 12 kali jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fatin Azera Norhisham, manakala tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin, tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen forensik dan laporan bedah siasat sebelum mengarahkan tertuduh ditahan di Penjara Alor Setar sementara menunggu kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya.

Kejadian dilaporkan kepada polis oleh seorang lagi anak mangsa pada jam 8.45 pagi sebelum suspek, anak sulung wanita berkenaan ditahan jam 8.34 malam hari sama semasa dalam perjalanan ke Selangor dengan menaiki bas.





Amirul Shafiq Shamshul Zahari dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini. - NSTP/Wan Nabil Nasir






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2026 03:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.370235 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list