CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31829|Reply: 5

[Dunia] Remaja ditahan selepas 2 kes tikaman di sekolah London

[Copy link]
Post time 11-2-2026 06:50 PM | Show all posts |Read mode



Remaja ditahan selepas 2 kes tikaman di sekolah LondonPolis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tikaman yang menyebabkan dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun dimasukkan ke hospital, di luar Sekolah Menengah Kingsbury di London, Britain. – Foto REUTERS

LONDON: Polis United Kingdom (UK) menahan seorang remaja yang disyaki menikam dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di sini, manakala siasatan kini diambil alih oleh pegawai anti-keganasan.

Suspek yang dipercayai berusia 13 tahun itu ditahan beberapa jam selepas didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian yang membabitkan mangsa berusia 12 dan 13 tahun.

Polis Metropolitan London turut memaklumkan senjata yang dipercayai digunakan dalam serangan itu sudah ditemui.

"Kami masih menunggu perkembangan mengenai keadaan mangsa, namun difahamkan mereka cedera parah," kata Ketua Superintendan Detektif Luke Williams kepada pemberita di Kingsbury High School di barat laut London.

Menurutnya, suspek ditahan kerana disyaki cuba membunuh dan kini berada dalam tahanan untuk disoal siasat.
"Pada peringkat awal ini, kami masih menyiasat sebarang kemungkinan motif serangan.

"Bagaimanapun, berdasarkan keadaan sekeliling, siasatan kini diketuai pegawai anti-keganasan London yang bekerjasama rapat dengan pegawai tempatan," katanya.

Williams menegaskan kejadian itu belum diisytiharkan sebagai kes keganasan dan polis tidak menyasar untuk memburu mana-mana suspek lain.
Dalam pada itu, Setiausaha Pendidikan, Bridget Phillipson, berkata beliau sangat sedih mendapat maklumat mengenai tragedi itu dan memaklumkan kementeriannya sedang berhubung dengan pihak sekolah serta majlis tempatan bagi menawarkan sokongan.

Media melaporkan pelajar masih ditemubual polis di salah satu dewan sekolah selama lebih tiga jam selepas waktu persekolahan berakhir.

Menurut Kesatuan Guru, UK, khususnya London, sekian lama berdepan isu keganasan remaja dan penggunaan pisau, manakala kes keganasan di sekolah dilaporkan semakin meningkat di seluruh negara.

Minggu lalu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun direman di Wales selepas didakwa cuba membunuh seorang guru wanita dengan menyerangnya menggunakan pisau dapur.

Dalam kejadian di London yang berlaku selepas tengah hari, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital.
"Kami merawat dua pesakit. Seorang dihantar ke hospital, manakala seorang lagi dibawa sebagai kes keutamaan ke pusat trauma utama," kata Perkhidmatan Ambulans London.

Dalam surat kepada ibu bapa, pengetua Kingsbury High School, Alex Thomas'menyifatkan kejadian itu sebagai 'peristiwa yang amat traumatik kepada seluruh komuniti sekolah'.

"Keadaan kini terkawal," katanya sambil memaklumkan beberapa bahagian sekolah yang menempatkan hampir 2,000 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun akan ditutup hingga hari ini (Rabu). - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 06:53 PM | Show all posts
Mungkin kau orang tidak tau

Police in England and Wales recorded approximately 53,000 to 53,600 offenses involving a knife or sharp instrument in the year ending March 2025, which averages to roughly 145 to 147 offences per day. These figures include various offenses like robbery and assault, not just stabbings with injury, with a 32% spike in incidents on weekends.
Key statistics regarding knife crime in the UK:
Daily Average: Police recorded over 53,000 offences in the year to March 2025, averaging about 145–147 daily, although some reports suggest higher daily averages when accounting for all incident types.
Fatalities: Data indicates one fatal stabbing occurs approximately every 17 hours nationwide.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-2-2026 06:53 PM
Mungkin kau orang tidak tau

Police in England and Wales recorded approximately 53,000 to 53,600 off ...

Ratus2 kes satu hari. Banyaknya. Stress sangatkah dengan hidup?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2026 01:42 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-2-2026 06:16 AM
Ratus2 kes satu hari. Banyaknya. Stress sangatkah dengan hidup?

Kebanyakan dilakukan oleh remaja tempatan( warna kulit sama seperti pendatang haram) dan pendatang haram. Polis tak ada kuasa untuk buat spot check kerana akan disabitkan melanggar undang undang negara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 pun dah ganas... Apa le nak jd. Dunia dunia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-2-2026 01:42 PM
Kebanyakan dilakukan oleh remaja tempatan( warna kulit sama seperti pendatang haram) dan pendatang ...

Ambik contoh remaja amerika.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056948 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list