5 daerah di Kedah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Nurhanim Osman - Februari 11, 2026 @ 7:56am

Status cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) membabitkan kawasan Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim. - Foto hiasan NSTP
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi lima kawasan di Kedah.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, status cuaca panas itu membabitkan kawasan Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
"Status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius," menurut kenyataan itu, hari ini.
Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1508038/5-daerah-di-kedah-catat-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga
|