CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12048|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki mengaku tidak salah cederakan anggota polis dengan kayu golf

[Copy link]
Post time 11-2-2026 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki mengaku tidak salah cederakan anggota polis dengan kayu golf

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul dua anggota polis menggunakan kayu golf sehingga menyebabkan kecederaan. FOTO AURIS FAQRURAZZI




Butterworth: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis berpangkat lans koperal dan orang awam dengan kayu golf.

Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, memohon kesnya dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun dengan sebatang kayu golf.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Flat Taman Bagan, Seberang Perai Utara, di sini, kira-kira jam 2, 31 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili peguam, Y Yogeswaran.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 27 Mac depan untuk serahan dokumen.



Disiarkan pada: Februari 11, 2026 @ 1:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321515/lelaki-mengaku-tidak-salah-cederakan-anggota-polis-dengan-kayu-golf




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:45 PM GMT+8 , Processed in 2.310428 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list