|
View: 17579|Reply: 1
|
Borneo Oil dapat kelulusan untuk melombong emas di Bukit Ibam, Pahang
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Konsesi perlombongan emas Borneo Oil Bhd di Bukit Ibam, Pahang, bersama HDL Global Sdn Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk beroperasi.
Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembangunan lombong, aktiviti perlombongan serta operasi pemprosesan dalam kawasan konsesi tersebut selaras dengan Skim Operasi Perlombongan yang telah diluluskan.
Kelulusan itu meliputi pajakan perlombongan yang merangkumi kawasan seluas 187 hektar dan sah sehingga 21 Disember 2027.
"Berdasarkan anggaran sumber, Projek Emas Bukit Ibam dianggarkan mengandungi 60,814 auns emas," katanya.
Ia turut memaklumkan bahawa permohonan untuk membina loji pemprosesan karbon-dalam-pelarut (CIL) di kawasan konsesi tersebut juga telah diluluskan.
"Syarikat akan melaksanakan pembinaan loji CIL dan telah menyenarai pendek kontraktor EPCC (kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan) yang berkelayakan untuk membina serta mentauliahkan loji berkenaan," tambahnya.
Anak syarikat Borneo Oil, Borneo Oil Corp Sdn Bhd, mempunyai perjanjian perkongsian pengeluaran eksklusif dengan HDL Global sejak Mac 2015.
Perjanjian pengeluaran itu meliputi kawasan seluas 1,200 hektar di Bukit Ibam.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dorang cari emas ni tak bawa balik ke sehari 1gram jadi lah..kaya woo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|