CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12133|Reply: 3

Selangor pantau empat wabak tibi, kes terkawal - Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:49 AM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor memantau empat wabak tibi yang aktif di negeri ini menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, kesemua wabak itu berskala kecil dan terkawal dan setakat ini tiada kematian dilaporkan.

“Langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dan sedang dilakukan secara menyeluruh termasuk pengesanan kes secara aktif di lokaliti terlibat.

“Selain itu, pengasingan dan rawatan pesakit di fasiliti kesihatan dan pemantauan terhadap pematuhan rawatan dilaksanakan sehingga tamat tempoh rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas dan bersepadu itu berjaya mengawal penularan penyakit serta risiko penyebaran dapat diminimumkan.

Ujarnya, sebanyak 424 kes tibi didaftarkan di Selangor bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga 4 tahun ini berbanding 443 kes bagi tempoh sama pada 2025 sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 19 kes.

“Insentif rawatan tibi sebanyak RM800 tahun ini diberikan sebagai usaha berterusan untuk memerangi penularan penyakit itu dalam kalangan rakyat Selangor terutama golongan B40.

“Pada tahun lalu, seramai 628 pesakit menerima manfaat melalui insentif tersebut seterusnya membantu meringankan beban kewangan mereka sepanjang tempoh rawatan,” katanya.

Pesakit yang ingin memohon boleh mendaftar di pautan https://bantuansihat.selangor.gov.my/.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 12:23 PM | Show all posts
nak vaksin lagi ke camne ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 12:36 PM | Show all posts
Kuman ini mesti dari rakyat malasia yang suka melancung oversea bawa balik human.
Takkanlah dari warga asing pulak. Jangan tuduh kalu tada bukti.

-Pencinta warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sgt warga asing sampaikan cucuk vaksin pun tak dpt protect dah sbb yg tak cucuk nya pun ramai.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.428385 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list