CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11137|Reply: 1

Tahun ketiga jadi mualaf, Farel mahu puasa penuh

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:35 AM | Show all posts |Read mode





PERJALANAN mencari hidayah pada usia muda bukanlah satu fasa mudah untuk dilalui penyanyi Indonesia, Farel Prayoga. Meskipun namanya meledak di seluruh Nusantara selepas persembahan memukau di hadapan Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini, tidak ramai tahu tentang transisi spiritual dilaluinya secara peribadi.

Mengambil keputusan besar untuk memeluk Islam pada 2023 ketika berusia 12 tahun, Farel mengakui fasa awal bergelar mualaf menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Bakal menyambut kehadiran bulan mulia tidak lama lagi, Farel berkongsi rasa terujanya menempuh cabaran rukun Islam ketiga itu dengan lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu.

HIBGLAM: Apa persediaan anda untuk menyambut Ramadan kali ini selepas dua tahun bergelar mualaf?
FAREL: Saya memeluk Islam pada 2023, jadi ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa. Alhamdulillah, saya sudah boleh menyesuaikan diri. Awal dulu agak sukar untuk bertahan (puasa) tetapi sekarang semakin okey.

Pernah tak curi-curi makan sepanjang berpuasa memandangkan baru nak membiasakan diri?
Setakat ini belum pernah lagi curi-curi makan. Kalau rasa tidak kuat, tak mampu bertahan lagi, saya akan beritahu pengurus saya.
Harapnya tahun ini saya dapat berpuasa penuh.

Anda baru sahaja melancarkan lagu berkonsepkan Islamik, Hambamu. Boleh kongsi perjalanan dari awal sehinggalah terhasilnya karya ini.
Lagu Hambamu sebenarnya tidak disengajakan. Sewaktu menjayakan projek Lemak Manis bersama Indigital, terlintas di hati nak ada lagu berunsur kerohanian. Lagu ini dicipta oleh Ippo Hafiz dan saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan dia.
Ippo dikenali di Malaysia malah dia pernah menghasilkan lagu buat idola saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Bidadari Syurga.
Selepas ini saya berharap ada peluang berkolaborasi dengan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza satu hari nanti.

Apa makna di sebalik lagu Hambamu?
Bagi saya, lagu ini tentang jangan cepat mengalah, doakan orang yang kita sayang. Misalnya, ibu bapa yang sedang sakit. Kita berdoa kepada Yang Maha Besar agar mereka diberikan kesembuhan.

Apa harapan anda terhadap lagu baharu ini?
Sebenarnya ini bukan lagu Islamik pertama, di bawah label saya di Indonesia sudah ada beberapa lagu sebegini. Namun di sini, ya ini yang pertama. Besar harapan, lagu ini dapat diterima baik semua peminat saya di Malaysia dan sangat sesuai diperdengarkan sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 12:54 PM | Show all posts
siapa pulak bbnu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 1.514460 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list