CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30685|Reply: 1

[Pulau Pinang] JKM cari waris bayi perempuan ditinggalkan di hospital

[Copy link]
Post time 9-2-2026 02:07 PM | Show all posts |Read mode
JKM cari waris bayi perempuan ditinggalkan di hospital

MOHD ISKANDAR OTHMAN
09 Februari 2026 11:24am




JKM Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan ibu bapa kandung seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Wad 1, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.





BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan ibu bapa kandung seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Wad 1, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Mohamad Fawwaz Mohamad Daud berkata, bayi perempuan itu ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya yang bukan warganegara Malaysia.


Beliau berkata, ibu kandung kepada bayi berkenaan dikenali sebagai Phyo Thiri Kyaw dengan nombor dokumen perjalanan MF932171 manakala maklumat bapa kandung tidak diperoleh.

“Bayi berkenaan ditinggalkan oleh ibu kandungnya di Wad 1, Hospital Seberang Jaya sejak 18 Ogos 2025 selepas dibenarkan keluar oleh pihak hospital.


“Namun, ibu bapanya tidak kelihatan selepas dibenarkan keluar, malah panggilan telefon juga tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohamad Fawwaz berkata, permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi tujuan siaran media.

Katanya, waris atau orang awam yang mengenali ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Mohamad Fawwaz di talian 04-538 2584 atau melalui alamat e-mel [email protected].

https://www.sinarharian.com.my/article/767388/edisi/utara/jkm-cari-waris-bayi-perempuan-ditinggalkan-di-hospital


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 02:59 PM | Show all posts
Pati waz here.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:06 PM GMT+8 , Processed in 2.798016 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list