CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44946|Reply: 0

[Kedah] Jual cendol lebih 100 bungkus sehari kerana cuaca panas

[Copy link]
Post time 7-2-2026 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Jual cendol lebih 100 bungkus sehari kerana cuaca panas

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





CUACA panas yang membahang menyebabkan permintaan terhadap cendol meningkat. - Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP




Jitra: Musim kemarau yang sedang melanda utara Semenanjung ketika ini membawa limpahan rezeki buat peniaga air dan cendol di Kepala Batas, di sini, apabila hasil jualan melonjak lebih sekali ganda.

Peniaga, Muhammad Azizi Azizan, 35, berkata, cuaca panas yang membahang menyebabkan permintaan terhadap pencuci mulut itu melambung sehingga mencecah lebih 100 bungkus sehari berbanding purata 30 hingga 40 bungkus pada hari biasa.

Katanya, dia kini perlu menyediakan sekurang-kurangnya 40 kilogram (kg) cendol setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan sebelum kedainya ditutup jam 6 petang.

"Biasanya pelanggan akan minta tambah ais batu untuk rasa yang lebih sejuk.

Saya akan ikut kemahuan pelanggan asalkan kualiti bahan dalam cendol tetap terjaga.

"Waktu puncak adalah pada tengah hari, ramai pelanggan datang untuk makan di kedai atau dibungkus ke pejabat," katanya ketika ditemui di gerainya di GBBS, Kepala Batas, baru-baru ini.

Muhammad Azizi yang sudah 10 tahun berniaga buah-buahan memberitahu, dia mula menceburi perniagaan cendol secara sampingan sejak era pandemik Covid-19, namun tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa setiap kali musim panas tiba.

Selain cendol gula merah biasa, tarikan utama di gerainya adalah cendol durian dan pulut yang menggunakan isi durian yang besar dan berlemak.

"Jika ada musim mempelam pada hujung kemarau nanti, saya akan tambahkan isi mempelam dalam cendol bagi memberikan rasa masam manis yang digemari pelanggan," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Nurul Hasma Hasnan, 42, berkata dia sanggup memandu dari Jalan Kuala Kedah semata-mata untuk merasai sendiri keunikan cendol durian di gerai berkenaan selepas tular di media sosial.

"Rasanya sangat sedap dan berbaloi, sesuai dengan cuaca panas sekarang.

Jika hari cuti, saya akan bawa suami dan anak kerana ini memang kegemaran mereka," katanya.



Disiarkan pada: Februari 7, 2026 @ 2:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1319998/jual-cendol-lebih-100-bungkus-sehari-kerana-cuaca-panas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:06 PM GMT+8 , Processed in 2.787465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list