CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39423|Reply: 0

[Kedah] Air terjun pilihan sejukkan badan

[Copy link]
Post time 7-2-2026 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Air terjun pilihan sejukkan badan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





CUACA panas menyebabkan orang ramai menyerbu pusat rekreasi air terjun di Baling untuk berendam dan menghilangkan kepanasan. - Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP




Baling: Cuaca panas menyebabkan orang ramai menyerbu pusat rekreasi air terjun di sini untuk berendam dan menghilangkan kepanasan.

Daerah ini adalah antara empat daerah di negeri ini yang disenarai pada Tahap 1 atau berjaga-jaga yang mencatatkan suhu panas 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Selain Baling, daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu turut mengalami musim kemarau sehingga menyebabkan banyak kawasan kering.

Tinjauan wartawan mendapati beberapa kawasan tapak perkelahan dan kawasan air terjun di daerah Baling dipenuhi orang ramai terutama ketika cuti hujung minggu untuk mandi.

Pengusaha tapak perkelahan Hamza Campsite, Norlia Ramli, 59, berkata, cuaca panas yang melanda Januari hingga Mac setiap tahun memberi rezeki kepada mereka berikutan kawasan itu sentiasa dipenuhi orang ramai.

"Bila musim kemarau, air lebih cetek sikit dan pengunjung akan mandi dengan seronok bersama ahli keluarga masing-masing.

Namun ketika musim hujan, kebanyakan tempat di kawasan ini berisiko berlaku kepala air.

"Ada juga pengusaha tapak perkelahan yang menyediakan makanan masakan kampung di sini serta makan nasi sambil merendam kaki dalam air.

"Memang pada waktu cuaca panas ketika ini agak sesuai untuk beriadah dengan keluarga sambil mandi di air terjun dan sungai di sini, " katanya.

Bagi pengunjung, Mohd Azli Zaki Zulkifli, 32, berkata, dia sanggup datang dari Alor Setar semata-mata untuk beriadah bersama isteri dan dua anak mereka kerana cuaca panas ketika ini.

"Air terjun di sini agak sejuk sebab turun dari bukit.

Walaupun daerah Baling adalah antara empat daerah yang panas tetapi bila datang ke sini, rasa sejuk dan anak-anak pun seronok mandi, " katanya.



Disiarkan pada: Februari 7, 2026 @ 2:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320005/air-terjun-pilihan-sejukkan-badan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:48 PM GMT+8 , Processed in 1.963972 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list