CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31056|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penularan tibi: KPM ambil langkah berpandukan saranan, pedoman KKM

[Copy link]
Post time 7-2-2026 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Penularan tibi: KPM ambil langkah berpandukan saranan, pedoman KKM

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 7, 2026 @ 7:35pm





Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (dua dari kiri) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tengah) ketika Majlis Perasmian Festival Nibong Tebal. - NSTP/ Nur Izzati Mohamad



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil langkah sewajarnya berpandukan saranan, pedoman dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penularan tuberkulosis atau tibi yang disahkan menjangkiti enam murid di daerah Kota Tinggi, Johor.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini beliau difahamkan keadaan masih terkawal di bawah, yang mana isu itu kini dalam pemantauan ketat KKM.

"Jadi, kami akan ikut semua arahan yang diberikan oleh KKM," katanya ringkas ketika ditanya sama ada KPM akan mengesyorkan saringan kesihatan dibuat di semua sekolah bagi mengelak penularan penyakit berjangkit itu.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian pada Majlis Perasmian Festival Nibong Tebal disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Media kelmarin melaporkan enam murid di daerah Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang arahan penutupan sekolah dikeluarkan susulan penularan wabak berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1506635/penularan-tibi-kpm-ambil-langkah-berpandukan-saranan-pedoman-kkm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:48 PM GMT+8 , Processed in 1.222930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list