CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32377|Reply: 0

[Kedah] KBS mahu lebih ramai wanita sertai sukan

[Copy link]
Post time 7-2-2026 07:42 PM | Show all posts |Read mode
KBS mahu lebih ramai wanita sertai sukan

Februari 7, 2026 @ 6:58pm





Dr Mohammed Taufiq Johari mahu lebih ramai wanita sertai sukan. NSTP/L.MANIMARAN



SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan bagi melahirkan barisan pelapis atlet wanita negara.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata penglibatan wanita dalam pelbagai acara sukan kini membanggakan dan menunjukkan semangat juang tinggi.

"Kita lihat ikon sukan yang membanggakan negara juga terdiri daripada wanita.

Oleh itu, kita ingin menggalakkan lebih ramai wanita menyertai sukan, terutamanya di peringkat akar umbi," katanya selepas meninjau Kejohanan Milo All Girls Touch Rugby Series 2026 di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Beliau berkata sukan menyatukan dan tidak seharusnya dibezakan mengikut jantina atau latar belakang.

"Kita boleh memperkasakan wanita dalam sukan, yang juga memupuk disiplin dan semangat berpasukan.

"Negara kini berada pada landasan baik dengan ramai pelapis wanita untuk mewakili negara. Kita akan bekerjasama dengan sekolah, institusi pengajian tinggi dan Majlis Sukan Negara bagi memastikan bakat mereka dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/02/1506619/kbs-mahu-lebih-ramai-wanita-sertai-sukan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:07 PM GMT+8 , Processed in 2.168005 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list