CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30852|Reply: 0

[Sarawak] Cadangan tambah 17 kerusi DUN dalam proses, garis masa belum muktamad

[Copy link]
Post time 7-2-2026 03:24 PM | Show all posts |Read mode


Nanta ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Cadangan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak masih dalam proses dan belum mempunyai garis masa muktamad untuk dibawa ke Parlimen.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini perkara itu telah dibincangkan di peringkat tertentu, namun proses lanjut sedang diusahakan dan belum diperincikan kepada umum.

“Buat masa ini kita belum ada maklumat bila ia akan dibawa ke Parlimen.

“Isu ini memang telah dibincangkan dan sedang diusahakan, tetapi saya tidak dapat mengulas secara terperinci pada sidang media ini,” ujarnya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Mengulas sama ada proses berkenaan sempat diselesaikan dalam tempoh terdekat, Nanta menjelaskan bahawa ia bergantung kepada garis masa yang masih belum dimuktamadkan.

“Kita belum tahu kerana timeline (garis masa) itu sendiri belum ditentukan,” kata Menteri Kerja Raya itu.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan tarikh pilihan raya negeri (PRN) adalah tertakluk sepenuhnya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Perkara ini terpulang kepada Yang Amat Berhormat Premier,” ujarnya.

Untuk rekod, Sarawak ketika ini mempunyai 82 kerusi DUN dan cadangan penambahan 17 kerusi baharu akan menjadikan jumlah keseluruhan 99 kerusi, selari dengan keperluan semasa negeri terbesar di Malaysia itu dari segi keluasan, kepelbagaian geografi serta pertambahan penduduk.

Cadangan penambahan tersebut bertujuan memperkukuh perwakilan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang luas, selain memastikan keberkesanan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sebarang penambahan kerusi DUN memerlukan pindaan undang-undang persekutuan, termasuk kelulusan Parlimen, sebelum boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu penambahan kerusi ini turut dilihat sebagai antara faktor penting dalam landskap politik Sarawak menjelang PRN akan datang, walaupun kerajaan negeri menegaskan fokus utama adalah kestabilan pentadbiran dan pembangunan berterusan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.629216 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list