CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22964|Reply: 0

[Sarawak] Isu dan masalah rakyat perlu disuarakan melalui saluran yang betul

[Copy link]
Post time 7-2-2026 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2026 02:06 PM



Henry Sum (empat kiri) Awangku Jinal (enam kiri) dan Chin Teck (kanan) ketika menyantuni penerima terdiri warga emas pada sumbangan Tahun Baru Cina.

LAWAS: Setiap isu dan masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini perlu disalur mengikut saluran betul, kata Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

Beliau berkata memperbesarkan sesuatu masalah dan isu tanpa melalui saluran betul tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menyumbang kepada kegagalan kepada usaha pembangunan.

“Masalah dan isu yang timbul di kawasan kita di Lawas perlu dipanjangkan dan disalurkan kepada kerajaan dan agensi berkaitan bagi mengelak pergaduhan dan sebagainya.

“Kita di Lawas harus bersatupadu harus kita kerjasama dan hormat menghormati itu yang penting dalam menjadikan Lawas ini terus maju,” katanya pada Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina 2026 untuk warga emas dan orang kurang upaya yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina di sini semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pemanca Tan Yong H'ng, usahawan dan pemilik Tecktonic dan Son Holding Sendirian Berhad Lee Chin Teck.

Kata Henry Sum lagi Sarawak memerlukan budaya perpaduan dan kerjasama semua kaum dalam menongkah perjalanan ke arah negeri termaju pada masa depan.

Seramai 210 orang penerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Bukit Sari, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tecktonic & Son Holding Sendirian Berhad.

Sumbangan ini merupakan program tahunan untuk bersama memeriahkan perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan Gawai Dayak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.206525 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list