CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22108|Reply: 0

[Sarawak] Siasatan telus kejadian lemas di Sibu Jaya harus disusuli tindakan tegas jika berlaku kecuaian

[Copy link]
Post time 7-2-2026 02:01 PM | Show all posts |Read mode


JIMBAU

SIBU: Hasil siasatan menyeluruh berhubung kejadian lemas di Sibu Jaya mesti diumumkan kepada umum dan disusuli dengan tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai atau gagal melaksanakan tanggungjawab dan bukan dibiarkan berakhir tanpa liabiliti yang jelas.

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak Jimbau Galau, berkata laporan siasatan itu perlu mengenal pasti secara terperinci pihak yang bertanggungjawab dari sudut pemilikan, pengurusan, pengawasan dan penguatkuasaan kawasan berisiko.

Menurut beliau, sebarang kecuaian, kelemahan pemantauan atau kegagalan mematuhi piawaian keselamatan tidak wajar dilindungi.

Sebaliknya ujar beliau, ia mesti dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya bagi memastikan prinsip liabiliti dan kebertanggungjawaban ditegakkan.

“Laporan siasatan tidak boleh sekadar menjadi rekod. Ia mesti membawa kepada tindakan konkrit termasuk pendakwaan atau tindakan pentadbiran jika terdapat unsur kecuaian atau pelanggaran undang-undang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pendedahan hasil siasatan kepada umum juga penting bagi membolehkan ibu bapa memahami tahap risiko sebenar serta memastikan pihak berkuasa tidak terlepas daripada tanggungjawab pemantauan yang sepatutnya dilaksanakan secara berterusan.

Jimbau turut menegaskan bahawa kawasan rekreasi di sekitar perumahan flat perlu dibersihkan segera dan semua struktur haram yang menjejaskan keselamatan awam hendaklah dihapuskan tanpa kompromi.

Menurutnya, kegagalan mengurus dan menguatkuasakan kawalan di kawasan awam telah mewujudkan persekitaran berisiko tinggi yang akhirnya mengundang tragedi, khususnya kepada kanak-kanak.

“Apa yang berlaku ini menuntut kebertanggungjawaban semua pihak berkaitan.

“Kanak-kanak tidak berdosa dan tidak mampu menilai bahaya, justeru liabiliti sepenuhnya terletak pada pihak dewasa, pengurusan dan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau menegaskan tragedi berkenaan mesti menjadi titik perubahan kepada pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas, telus dan konsisten, termasuk memastikan pemantauan kawasan berisiko dilaksanakan secara berkala dan boleh diaudit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.341923 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list