CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17287|Reply: 0

[Sarawak] ASSAR agih dividen interim 3 sen seunit

[Copy link]
Post time 7-2-2026 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) bersama Uggah (empat kanan), Leonard (tiga kanan) Wahab (empat kiri) serta ahli-ahli Lembaga Pengarah ASSAR lain menunjukkan tanda 'tiga' sebagai simbolik pengumuman pengagihan dividen interim sebanyak 3 sen seunit ASSAR, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) mengumumkan pengagihan dividen interim sebanyak 3 sen seunit bagi tahun kewangan 2026.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengagihan kali kelima pascapenstrukturan itu yang berjumlah RM15.24 juta akan memberi manfaat kepada 57,878 pemegang unit ASSAR, dikira berdasarkan baki pegangan unit mereka pada 31 Disember 2025.

“Saya berharap kadar pengagihan dividen interim yang cukup kompetitif ini dapat mencetus serta menggalakkan lagi semangat dan minat melabur di kalangan masyarakat Bumiputera Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Pengumuman Dividen Interim Assar Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2026 di Dewan Perdana Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Permodalan ASSAR Dato Sri Wahab Dolah.

Abang Johari berkata, di samping pengagihan dividen yang kompetitif, ASSAR merupakan satu instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko rendah dengan adanya mekanisme jaminan harga minimum RM1.00 seunit.



Abang Johari berucap mengumuman pengagihan dividen interim ASSAR bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, hari ini. - Gambar Penerangan

Mengulas lanjut mengenai prestasi kukuh dana ASSAR, beliau memaklumkan meskipun dalam suasana pasaran yang kekal mencabar ini, prestasi dana ASSAR terus stabil dan berdaya tahan.

Katanya, ini hasil daripada strategi perumpukan aset yang berhemah dan berdisiplin, serta pengurusan risiko yang proaktif.

“Jumlah pendapatan kasar yang direalisasikan bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 ialah RM19.87 juta.

“Daripada jumlah itu, 42 peratus atau RM8.34 juta adalah faedah sekuriti berpendapatan tetap, manakala 36 peratus (RM7.18 juta) keuntungan daripada penjualan ekuiti/saham, 14 peratus (RM2.83 juta) dividen daripada pegangan ekuiti/saham dan lapan peratus (RM1.52 juta) daripada faedah instrumen pasaran wang serta keuntungan penjualan sekuriti berpendapatan tetap,” jelasnya.

Abang Johari berkata, sekuriti berpendapatan tetap terus menjadi tunjang kepada dana ASSAR, memberi aliran pendapatan yang stabil serta mengurangkan impak daripada keadaan pasaran saham yang kurang menentu.

Selain pengagihan dividen katanya, ASSAR terus memacu aksesibiliti perkhidmatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menjalankan kolaboratif dengan Service Sarawak.

“Ia bagi memperluaskan perkhidmatan kaunter ASSAR pada hari-hari tertentu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sibu, Miri dan akan datang, di Sarikei.

“Selain itu, pihak ASSAR telah memanfaatkan kemudahan rangkaian telekomunikasi luar bandar Jaringan Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) yang disediakan oleh pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk melancarkan perkhidmatan pejabat bergerak di kawasan pinggir serta luar bandar,” katanya.

Premier Sarawak berkata, inisiatif itu turut disokong dengan bantuan kerjasama daripada pejabat daerah serta ketua masyarakat dan ketua kampung.

“Saya berharap inisiatif seperti ini akan diteruskan dan diperluaskan. Kita mahu melihat lebih banyak inovasi dalam cara penyaluran perkhidmatan di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar, agar ia lebih inklusif, lebih mesra rakyat dan lebih efisien,” tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 1.265093 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list