CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16919|Reply: 0

[Sarawak] Kebocoran gas di SK Tudan, sesi persekolahan diarah tutup sehingga notis lanjut

[Copy link]
Post time 7-2-2026 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2026 01:41 PM



Lee (dua kanan) meninjau tapak kebocoran gas di kawasan pembinaan SK Tudan di Miri, petang tadi.

MIRI: Semua kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan di sini dihentikan serta-merta, manakala pihak sekolah diarahkan menutup sesi persekolahan susulan kejadian kebocoran gas mudah terbakar yang dikesan petang tadi.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, langkah tindakan keselamatan segera itu diambil selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk di tapak berkenaan menembusi lapisan gas bawah tanah pada kedalaman masing-masing 33.6 meter hingga 33.9 meter.

Menurut beliau, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berada di lokasi dan menjalankan kawalan awal termasuk ujian yang mengesahkan gas berkenaan bersifat mudah terbakar.

“Gas ini telah diuji oleh pihak bomba dan disahkan boleh terbakar serta berpotensi menyebabkan kebakaran,” katanya ketika ditemui semasa meninjau tapak kejadian petang tadi.

Lee berkata, Petroliam Sarawak Berhad (PETROS) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya turut dimaklumkan tentang perkara itu dan telah menghantar pegawai ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“PETROS mengesahkan gas ini bukan daripada saluran paip gas, sebaliknya merupakan gas asli dari bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata, dua cerucuk dikenal pasti menembusi lapisan gas tersebut dan rakaman video menunjukkan gas yang keluar mampu mengembangkan plastik seperti belon sebelum dinyalakan, sekali gus menghasilkan api yang mengesahkan sifat mudah terbakar gas berkenaan.



Lee (dua kiri) meneliti gambar yang memaparkan bacaan kepekatan gas yang ditunjukkan seorang pegawai bomba hasil ujian dilakukan pihak bomba pagi tadi.

Sehubungan itu, Pejabat Residen telah mengatur kehadiran beberapa agensi berkaitan ke lokasi, termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia dari Bintulu bagi mengambil sampel gas untuk analisis lanjut.

“JBPM juga sedang mengatur Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu untuk mengenal pasti jenis gas ini, termasuk menentukan sama ada ia beracun atau tidak.

“Unit berkenaan dijangka tiba sekitar jam 5 petang ini,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, beliau berkata pihak bomba telah menasihatkan supaya sesi persekolahan sebelah petang ditutup kerana lokasi tapak pembinaan yang amat hampir dengan kawasan sekolah.

“Sekolah akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak dan semua kerja pembinaan di tapak ini juga dihentikan sehingga keadaan disahkan selamat sepenuhnya,” katanya sambil menambah kawasan dalam lingkungan 60 meter dari lokasi kebocoran ditutup kepada orang awam atas arahan pihak polis.

Mengulas lanjut Lee berkata, pada peringkat awal pihaknya mengesyaki cerucuk mungkin terkena saluran paip gas, namun perkara itu agak mustahil berlaku memandangkan kedalaman cerucuk mencecah hampir 34 meter.

“Kawasan Miri sememangnya mempunyai sumber minyak dan gas di bawah tanah.

“Walaupun kejadian seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa, keselamatan orang ramai tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Tambahnya, memandangkan sudah memasuki hujung minggu tiada sesi persekolahan dijalankan dan penutupan sekolah akan diteruskan sehingga notis lanjut dikeluarkan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 1.246039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list