CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17181|Reply: 0

[Sarawak] Pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak dengan nilai RM1.8b hasil libat urus konstruktif

[Copy link]
Post time 7-2-2026 01:24 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak dengan nilai RM1.8 bilion dipersetujui secara muafakat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak hasil libat urus konstruktif di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Premier Sarawak.

Menurut Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), penilaian RM1.8 bilion itu diperoleh melalui proses penilaian terperinci serta rundingan menyeluruh dan bukan angka yang ditetapkan secara sewenang-wenangnya.

“Langkah ini bagi memastikan ketelusan serta keadilan dalam pemindahan aset strategik tersebut.

“Tanah yang diperuntukkan bagi Pelabuhan Bintulu sebelum ini dianugerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dengan bayaran premium tanah dibuat kepada Kerajaan Sarawak.

“Infrastruktur utama termasuk Terminal LNG dan Terminal Minyak turut dibina menggunakan kos Lembaga Pelabuhan Bintulu,” menurut kementerian, hari ini.

MIPD berkata, pemulangan Pelabuhan Bintulu dilihat sebagai langkah asas ke arah penubuhan kerangka pihak berkuasa pelabuhan berpusat di Sarawak.

Ia sekali gus membolehkan pembangunan pelabuhan lebih terselaras dan cekap, serta memperkukuh peranan negeri ini sebagai hab perdagangan dan logistik serantau.

Langkah itu juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang menekankan pembangunan infrastruktur moden dan bersepadu.

“Ia bagi merangsang kepelbagaian ekonomi, pertumbuhan mampan serta meningkatkan keterhubungan, memberi manfaat kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan,” tegasnya lagi.

Kementerian menegaskan komitmennya untuk terus mengurus pelabuhan-pelabuhan Sarawak secara bertanggungjawab serta meneruskan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan bagi memajukan kemakmuran bersama.

Kementerian berkata demikian bagi menjelaskan fakta-fakta utama bagi pemahaman awam serta menjawab dakwaan dan penyelewengan fakta yang telah dilaporkan oleh media mengenai pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak yang akan dilaksanakan, termasuk penilaian nilai yang telah dipersetujui.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.426737 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list