CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16746|Reply: 0

[Sabah] Majikan wanita tempatan ditahan gaji sembilan warga China tanpa permit sah

[Copy link]
Post time 7-2-2026 01:15 PM | Show all posts |Read mode


MOHD HAMIZI

LABUAN: Seorang wanita warga tempatan ditahan selepas disyaki menggaji sembilan warga China tanpa permit kerja sah dalam satu serbuan di sebuah restoran di bandar Labuan, pada 5 Februari lalu.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan hasil maklumat risikan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, ketika pemeriksaan, wanita tempatan berkenaan bekerja sebagai pengurus premis.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tujuh lelaki dan dua wanita warga China bekerja sebagai pelayan serta tukang masak di restoran itu.

“Semua pekerja warga asing berumur antara 18 hingga 53 tahun didapati tidak memiliki permit kerja sah.

“Mereka dipercayai bekerja di premis berkenaan sejak Julai 2025,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, polis menahan kesemua pekerja asing bersama majikan bagi membantu siasatan.

“Beberapa dokumen berkaitan turut dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, permohonan perintah tahanan reman terhadap semua tangkapan dibuat di Mahkamah Majistret Labuan pada 6 Februari.

Mahkamah membenarkan tempoh reman sehingga 9 Februari bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Mohd Hamizi berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan pihak lain sekiranya ada.

Beliau turut mengingatkan majikan supaya mematuhi undang-undang imigresen dan memastikan setiap pekerja asing memiliki dokumen sah.

“Polis menasihatkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.325278 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list