|
|
Kota Bharu: Buruh dipenjara enam bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan bapa kandungnya, Isnin lalu.
Tertuduh, Yusmainy Husain, 48, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapa kandung, Husain Mahmood, 78, bertempat di Kampung Pauh Pengkalan Chepa di sini, 12 tengah hari, pada 2 Februari 2026.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A KK yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh kemudian turun dari motosikal dan mengambil sebatang kayu lalu memukul bapanya. Laporan awal perubatan mendapati mangsa mengalami lebam di tangan kiri.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nabil Mohamed Asri, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nik Nazriani Nik Ab Rahman.
Terdahulu, Ahmad Nabil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.
Sementara itu, Nik Nazriani merayu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum kerana tertuduh kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|