CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23124|Reply: 9

Tidak tahu ada selisih faham antara Mia Sara, Puteri Balqis di set – Erma Fatima

[Copy link]
Post time 5-2-2026 02:16 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pengarah, Erma Fatima menegaskan tidak pernah menyedari wujud sebarang insiden buli atau perselisihan faham antara dua pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha ketika mereka terlibat dalam penggambaran drama Akulah Balqis beberapa tahun lalu.

Menurut Erma, sebagai pengarah, fokus utamanya hanya tertumpu kepada mutu lakonan dan perjalanan penggambaran di hadapan kamera tanpa mencampuri urusan peribadi para pelakon di luar set.

“Saya memang tidak tahu dari mana isu itu tercetus. Sepanjang penggambaran berlangsung, tiada apa-apa yang berlaku di set dan drama Akulah Balqis juga bukan puncanya.

“Apabila saya mengarah, saya hanya berada di hadapan monitor. Apa yang saya tahu, mereka datang ke set dan melaksanakan watak yang diberikan. Apa yang berlaku di belakang tabir, saya memang tidak mengetahuinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Erma ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu di Saloma, Kuala Lumpur, semalam.

Tambahnya, jadual penggambaran yang padat, termasuk penglibatan di luar negara, turut menyebabkan dia tidak mengikuti perkembangan isu membabitkan kedua-dua pelakon remaja itu di media sosial.

“Saya lama berada di luar Kuala Lumpur dan hanya pulang malam tadi. Jadi, memang saya tidak tahu mengenai isu tersebut,” ujarnya.

Mengulas penggunaan media sosial yang sering menjadi platform tercetusnya konflik, Erma berpendapat perkara itu bergantung sepenuhnya kepada individu.

“Saya tidak rasa perkara ini hanya melibatkan golongan muda, orang dewasa juga sama.

“Dunia sekarang adalah dunia digital dan media sosial seakan-akan diari terbuka untuk semua orang.

“Terpulang kepada masing-masing untuk menulis dan berkongsi apa sahaja berdasarkan pemikiran sendiri. Sama ada merasakan perkara itu wajar dikongsi atau tidak, itu pilihan individu,” katanya. -UTUSAN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 02:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:41 PM | Show all posts
Dia la tu yg tua suka gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm drama aku lah balkis tu kan Ada scene yang dak Mia n Rykal x nak kawan dgn si Aqish ni.. So, scene tu mmg based on real event lah ekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 5-2-2026 04:44 PM
Dlm drama aku lah balkis tu kan Ada scene yang dak Mia n Rykal x nak kawan dgn si Aqish ni.. So, sce ...

Ntah2 punca scene tu,maybe cara bercakap bersungguh,PB sentap.
Dia kan mana boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 01:26 PM | Show all posts
Apa2 yang keluar dari mulut dia ni memang tak boleh percaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko dibenarkan dengan didikan manusia yang pendendam, negative minded,  delusional, maka ko juga akan membesar sebagai manusia yang begitu.. Berteman dengan penjual minyak wangi tak mungkin berbau taik ya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 9-2-2026 02:28 PM

Memang lah tak tau sbb org dewasa tak akan kutip sampai berdendam dgn ckp budak2 mcm ratu poen ni.  Adeke umur dah tua bangka pastu nak berdendam dgn budak2 punya hal, kita pun kalau kawan anak2 ckp pasal apa pun selalu just senyum and dismiss je lepas tu tak ingat dah apa.  Ni ratu kapla poen tak tau perangai jenis apa, tak memasal anak pun ikut perangai keji tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoooo auto korek aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:07 PM | Show all posts
Ni masa kecik ada dh ada prob. Ada sorang kat thread pun mengiyakan citer PB. Tp kebanyakkan budak mcm tu lah , ada geng tamo kawan kejap kawan kejap baik. Bodow lg semua. Pastu 2021 (ni ai korek kt x le) , si Mia ni gi ckp kt TT psl didikan agama bagai. Pastu pi like komen yg burukkan mak PB. Bila ada org komen psl ayah sheols , tau plak sentap. Manager Mia Melaka boy juga dikatakan jentik mak PB (kt x) tp ai search  tak jumpa post tu , so tataulah heols tulis apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.288995 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list