CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19588|Reply: 6

[Tempatan] Tiga kanak-kanak lemas terjatuh dalam kolam kumbahan

[Copy link]
Post time 5-2-2026 08:21 AM | Show all posts |Read mode
SIBU - [DIKEMAS KINI] Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.

"Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pengesahan lanjut.

Dalam pada itu, identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya Macx Welwait, 9 dan Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.

"Dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 08:22 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:21 AM | Show all posts
Allahuakbar...macam mana boleh jatuh agaknya...sedih tgk gambar mayat camtu dengan gambar sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:12 PM | Show all posts
ala.. tak suka nya baca berita mcm ni. Camne budak2 ni bole ada kt kawasan ni? Memang tak berpagar kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahulah nak kesian ke tak. Dah tahu tempat tu bahaya dia pergi jugak. Mak bapak ada ke tak kat rumah nak pantau anak?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 10:15 PM GMT+8 , Processed in 1.793546 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list