CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20920|Reply: 21

[Jenayah] Ibu tunggal maut dengan kesan kelar pada leher - Tiga lelaki termasuk warga Myanmar direman bantu siasatan

[Copy link]
Post time 5-2-2026 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 5-2-2026 02:12 PM

BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini pada Selasa.

Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.

Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesan kelar tersebut dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.

"Tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya.

"Kita juga percaya mangsa diserang dari arah belakang, namun bedah siasat akan dijalankan malam ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 08:12 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg kes bunuh wanita bernama ibu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya si mati kenal dengan  pembunuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg umur 15 thn tu ke yg punya angkara? Takut nak fikir tp takde bgth pula anak tu dkt mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 10:14 AM | Show all posts
Nasib baik lambat lagi Hari Merdeka, inikan pula dah nak musim Tahun Baru Cina dan Ramadan, lepas itu Hari Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 10:49 AM | Show all posts
banyaknya kes single mother nijam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 11:03 AM | Show all posts
hari2 kes bunuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:57 AM | Show all posts
siapapun pembunuhnya
manusia zaman kini banyak yang sudah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca tajuk je... yg benang 1 lagi tu kes lain kan. 2-2 ibu tunggal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 02:13 PM | Show all posts
Tiga lelaki termasuk warga Myanmar direman bantu siasatan kematian ibu tunggal

BUTTERWORTH - Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman tujuh hari sehingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini pada malam Rabu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret 2 di sini pada tengah hari Khamis.

Ketiga-tiga suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Butterworth pada jam 11.35 pagi dengan memakai baju lokap dalam keadaan tangan dan kaki bergari sambil diiringi anggota polis.

Difahamkan, warga asing tersebut baru ditahan pada jam 1 pagi, Khamis manakala dua suspek ditahan kurang daripada tiga jam selepas kejadian.

Pada Rabu, seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini.

Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.

Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, termasuk mengenal pasti motif kejadian.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesan kelar tersebut dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.

Tambahnya, tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya.

Mangsa juga dipercayai diserang dari arah belakang namun bedah siasat telah dijalankan malam Rabu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam dejavu je kes bunuh tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:22 PM | Show all posts
ragazza replied at 5-2-2026 02:16 PM
Macam dejavu je kes bunuh tahun lepas

yg kat kedah tu kan...

btw, warga2 pendatang ni makin ganas...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua warganegara sorg myanmar. Type I
Myanmar ni msti dh lama dok msia dan faham bahasa melayu kot. Kalau x nk ckp guna bahasa apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 03:10 PM | Show all posts
melayu ke mangsa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa tu type I gak ke sbb yg bunuh ni type itu je semuanya termasuk yg myammar tu pun gelap gak. Isk anak mangsa harap takde la apa2 sbb mcm hilang dr berita sedangkan mak kena bunuh. Kalau dah takde pecah masuk harus diarg kenal so adakah anak sempat lari atau mmg takde dkt situ waktu tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:00 PM | Show all posts
Edited by silance at 5-2-2026 04:05 PM

BUTTERWORTH - Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman tujuh hari.....

Walaupun dah berapa kes rakyat malaya dah mati kena bunuh dengan warga asing, kita tetap mesra positive terhadap mereka. Mereka buat pun mesti ada sebabnye contohnye tertekan, trauma jadi mangsa perang yang paling zalim dalam dunia, tak dapat sara, rindu keluarga di kampung, minyak masak kena block, nak keje office takboleh, nak niaga tada lesen-belum dapat bini.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:39 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 5-2-2026 03:21 PM
Mangsa tu type I gak ke sbb yg bunuh ni type itu je semuanya termasuk yg myammar tu pun gelap gak. I ...

Rasanya Type I jugak. tengok gambar yang tergantung kat atas pintu rumah + daun pokok mangga tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 5-2-2026 04:00 PM
BUTTERWORTH - Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman tujuh hari.....

Walaupun dah berap ...

maka dgn itu satu kementerian perlu diwujudkan dan salah sorang drp mereka akn dilantik sbg mintri....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.175962 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list