CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26418|Reply: 0

[Kedah] Rakyat kurang sedar manfaat STR dan SARA kerana pengaruh kandungan negatif

[Copy link]
Post time 4-2-2026 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat kurang sedar manfaat STR dan SARA kerana pengaruh kandungan negatif

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Romli Ishak ketika sesi bertemu pengamal media di sini, petang semalam. FOTO NOORAZURA ABDUL RAHMAN




Alor Setar: Kerajaan MADANI berhadapan cabaran menguar-uarkan lebih 170 inisiatif dan bantuan yang disediakan kepada rakyat berikutan pengaruh kandungan negatif media sosial.

Setiausaha Politik Kanan Presiden PKR, Datuk Romli Ishak berkata, kerajaan melaksanakan program inisiatif merangkumi pelbagai bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bagaimanapun katanya, rakyat kurang menyedari perkara itu sedangkan setiap lapisan masyarakat sedang menerima manfaatnya ketika ini.

"Kerajaan MADANI menyumbang kepada rakyat dan hakikatnya setiap lapisan masyarakat menerima manfaat. Namun ramai yang tidak sedar kerana terlalu dipengaruhi maklumat di media sosial.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menyuarakan bahawa pelbagai usaha dilakukan, tetapi rakyat di peringkat bawah tidak mengetahui perkara itu," katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama pengamal media Kedah di sini, semalam.

Romli yang juga Ketua Penerangan PKR Kedah berkata, dominasi media sosial kini mengurangkan peranan media arus perdana sebagai sumber maklumat utama masyarakat.

Katanya, situasi itu berbeza berbanding sebelum ini apabila masyarakat bergantung sepenuhnya kepada televisyen dan akhbar untuk mendapatkan berita.

"Hari ini, media sosial menjadi sumber utama maklumat, khususnya dalam kalangan anak muda.

"Masalahnya, terdapat platform yang tidak berdaftar dan tidak dikawal, sekali gus memudahkan penyebaran fitnah serta maklumat tidak tepat," katanya.

Beliau berkata, media arus perdana perlu memperkukuh kehadiran di platform digital serta media sosial dalam penyampaian maklumat yang tepat, konsisten dan sahih.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 4:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318901/rakyat-kurang-sedar-manfaat-str-dan-sara-kerana-pengaruh-kandungan-negatif




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:56 AM GMT+8 , Processed in 1.137353 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list