CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29428|Reply: 8

‘Saya ada jururawat pediatrik peribadi, jus tembikai baik untuk Lunara’

[Copy link]
Post time 4-2-2026 02:37 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa mengakui keputusan memberi anak perempuannya, Imane Lunara, minum air tembikai pada usia setahun sebulan dibuat dengan penuh pertimbangan serta pemantauan rapi, bukan secara semberono.

Ujar Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, perkongsian dibuat dalam media sosial sekadar bertujuan menjelaskan kekeliruan dalam kalangan pengikut, khususnya berkaitan jus dan ‘smoothie’ diperkenalkan kepada Lunara.

“Untuk menjawab soalan ini, termasuk pengikut yang tertanya-tanya tentang smoothie dan jus Lunara, saya nak jelaskan sedikit.
“Setakat ini, Lunara tidak pernah mengalami sebarang reaksi buruk atau kesan sampingan terhadap apa-apa diperkenalkan kepadanya.

“Kami ada jururawat pediatrik peribadi tinggal bersama dan menjaga Lunara sepenuh masa. Jadi semua, termasuk jadual makanan serta jus, dirancang teliti, selamat dan bebas bahan pencetus alahan,” katanya dalam Instagram Story.

Tambah pelakon drama Tuan Danial itu, jus tembikai diberikan selepas mendapat kelulusan pihak perubatan dan kesannya setakat ini amat positif buat puteri kesayangannya.

“Jus tembikai ini berkesan dengan baik untuk Lunara, namun mungkin tidak sesuai untuk setiap kanak-kanak.

“Malah, doktor sendiri sudah memberi kebenaran untuk kami masukkan jus ini dalam pemakanan Lunara,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul perbincangan dalam kalangan netizen apabila seorang pengguna media sosial bertanya sama ada jus tembikai sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun selepas anaknya mengalami cirit-birit serta muntah sejurus meminumnya.

Isu tersebut mencetuskan perdebatan, sekali gus mendorong Intan tampil memberi penjelasan agar tidak timbul salah faham, terutama membabitkan kesihatan kanak-kanak.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember 2024. – KOSMO! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 02:38 PM | Show all posts
Anak Datin Intan ni cute
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya betul...suami bisness apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaling kaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...noted
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 11:32 PM | Show all posts
tasha replied at 4-2-2026 02:44 PM
Kaya betul...suami bisness apa ye?

Macam2. Bisnes kuda, bisnes resto, bisnes cafe etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya dia level2 biduanita ada jururawat sendiri, maid bersusun2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 4-2-2026 11:32 PM
Macam2. Bisnes kuda, bisnes resto, bisnes cafe etc

Sorry..tertekan butang report...

Alhamdulillah rezeki pandai meniaga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 02:52 PM | Show all posts
oo orang yg komen pon bukan kecam,... cuma share experience anak dia tak sesuai..

well.. anak dah umur setahun lebih.. boleh je nak makan apa2 makanan berkhasiat.. bukannya umur bawah 6 bulan kau nak pertikai dia bagi jus tembikai..
cumanye mungkin sebab sheol datin intan.. makanya semua dia nak kena jawab.. and semua akan jadi topic forum.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.116400 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list