CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7274|Reply: 0

[Sarawak] Keretakan saluran paip air mentah Salim punca gangguan bekalan di Sibu

[Copy link]
Post time 4-2-2026 09:42 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

SIBU: Gangguan bekalan air menjejaskan kebanyakan kawasan di Sibu, hari ini susulan keretakan pada saluran paip air mentah Salim yang memerlukan kerja pembaikan segera bagi mengelakkan kerosakan lebih serius terhadap sistem.

Sarawak Water dalam satu kenyataan memaklumkan keretakan tersebut dikesan kira-kira jam 11 pagi, sekali gus memaksa pengurangan tekanan pam air terawat termasuk di stesen penggalak hingga menyebabkan pengguna khususnya di kawasan jauh dan berbukit berdepan tekanan air rendah atau gangguan bekalan air sementara.

“Bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius terhadap sistem bekalan air, tekanan pam air terawat terpaksa dikurangkan sementara kerja pembaikan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Sarawak Water, kerja pembaikan dianggarkan mengambil masa kira-kira empat jam dan tertakluk kepada keadaan di tapak, dengan semua pasukan teknikal digerakkan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin.

“Tempoh pembaikan adalah bergantung kepada situasi sebenar di lokasi, namun pihak kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Sarawak Water turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna serta menasihatkan orang ramai supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan asas sepanjang tempoh gangguan berlangsung.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi Sarawak Water,” menurut kenyataan itu lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:18 PM GMT+8 , Processed in 2.599841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list