CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6720|Reply: 0

[Sarawak] Negara, rantau kini dituntut jadi lebih berdaya tahan, mampu sesuaikan diri

[Copy link]
Post time 4-2-2026 09:40 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari tiba untuk menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia di Jakarta, Indonesia hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar, negara dan rantau kini dituntut untuk menjadi lebih berdaya tahan serta mampu menyesuaikan diri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, kebangkitan fahaman perlindungan perdagangan serta perubahan rantaian bekalan global jelas menunjukkan bahawa ketahanan ekonomi hanya dapat dicapai melalui keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan.

Sehubungan itu, beliau berkata Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 menyediakan satu peluang yang amat berharga untuk membincangkan penyelesaian dan hala tuju masa depan.

“Badan-badan perniagaan dan persatuan serantau seperti Indonesian Business Council (IBC) dan yang lain tidak boleh kekal statik.

“Mereka perlu mempunyai keberanian untuk membentuk perkongsian baharu serta kebijaksanaan untuk memperkukuh hubungan sedia ada,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada sidang kemuncak yang bertemakan ‘Idea Dari Borneo: Melabur Dalam Enjin Pertumbuhan Seterusnya’ di Jakarta, hari ini.

Abang Johari menegaskan bahawa komuniti perniagaan serantau perlu memperdalamkan hubungan ekonomi, meluaskan perdagangan serta meningkatkan daya saing bagi memastikan rantau ini kekal relevan dalam ekonomi global yang kian kompetitif.

Dalam konteks itu, beliau memuji inisiatif Majlis Perniagaan Indonesia untuk menghidupkan semula Komuniti Ekonomi Borneo (BEC), yang disifatkan semakin relevan dalam persekitaran ekonomi semasa.

Menurutnya, platform tersebut bukan sahaja menyatukan semula keluarga besar Borneo, malah menegaskan takdir bersama serta hubungan serantau yang erat.

“Melalui platform ini, potensi pembangunan dan kedudukan strategik Borneo dapat diterjemahkan kepada nilai ekonomi yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan persaingan global yang semakin sengit serta ketidaktentuan ekonomi dunia, semangat kerjasama serantau menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.

Tekanan global ini katanya, bukan sahaja menguji ekonomi domestik masing-masing, malah menguji iltizam bersama untuk kekal terbuka dan saling berhubung sebagai rakan dagang, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

“Kita mesti melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, merebut peluang di sebalik ketidaktentuan dan menterjemahkan hasrat kepada hasil yang nyata,” tegas beliau.

Menyentuh mengenai Borneo, beliau berkata pulau ketiga terbesar di dunia itu menempatkan lebih 20 juta penduduk, merangkumi Sarawak dan Sabah, sebahagian wilayah Indonesia serta Brunei Darussalam, selain kaya dengan kepelbagaian budaya dan sumber semula jadi.

Menurut beliau, Sarawak yang merangkumi kira-kira 17 peratus keluasan tanah Borneo, berada pada kedudukan strategik berhampiran hampir 60 peratus populasi dunia termasuk China dan India serta terletak di persimpangan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

“Kedudukan strategik ini memberi Sarawak kelebihan unik untuk berperanan sebagai hab penghubung ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047528 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list