CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33306|Reply: 1

[Kedah] Hala tuju UUM diperkasa seiring rancangan pendidikan negara

[Copy link]
Post time 3-2-2026 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-2-2026 02:46 PM

Hala tuju UUM diperkasa seiring rancangan pendidikan negara

Kori Ariff - Februari 3, 2026 @ 1:44pm







Belum pun mencecah dua bulan sejak pelantikan Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 Disember 2025, corak kepemimpinan tegas, berani dan berorientasikan tindakan sudah mula memperlihatkan perubahan ketara pada hala tuju institusi.

Amanat Naib Canselor 2026 disampaikan beliau pada 2 Februari tampil sebagai dokumen dasar kepemimpinan universiti bersifat strategik dan operasional dengan pernyataan visi besar mengangkat UUM sebagai universiti bertaraf dunia berteraskan kecemerlangan ilmu, ketangkasan organisasi dan keutuhan adab.

Pada masa sama, amanat itu memperlihatkan penjajaran institusi amat jelas dan sedar konteks dengan agenda reformasi pendidikan nasional.

Pengumuman Perdana Menteri semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 diterjemahkan secara langsung ke dalam kerangka tindakan universiti.

Ia termasuk usaha menjamin akses pendidikan kepada pelajar cemerlang, pendidikan percuma untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan keluarga miskin tegar di samping memperkasakan subjek mata pelajaran umum sebagai wahana pembentukan insan berfikir kritis dan beretika.

Hala tuju UUM turut diselaraskan secara menyeluruh dengan tujuh fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi 2026, khasnya pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 sebagai dokumen induk reformasi, pengukuhan peranan akademia sebagai pembina bangsa, penterjemahan konsep kemenjadian siswa daripada dasar kepada realiti kampus serta pemantapan tadbir urus lebih tangkas.

Keseluruhan pendekatan ini juga menepati Amanat Ketua Setiausaha Negara 2026 menuntut seluruh jentera perkhidmatan awam, termasuk universiti awam (UA), mempercepat pelaksanaan dasar, memperhebat reformasi institusi, meningkatkan integriti dan menumpukan keberhasilan kepada impak sebenar terhadap rakyat dan negara.

Sasar sebagai universiti pengurusan terkemuka



Hala Tuju Strategik UUM dipacu visi untuk muncul sebagai universiti pengurusan terkemuka serta misi melahirkan pemimpin berwawasan holistik mampu berbakti kepada komuniti global. Visi ini tidak dibiarkan bersifat normatif, sebaliknya disokong sasaran prestasi jelas, terukur dan berperingkat.


Antara penanda aras utama ditetapkan ialah peningkatan kedudukan UUM dalam QS World University Rankings, dengan sasaran untuk kekal dalam kelompok 500 terbaik dunia bagi 2026 sebelum melonjak ke kelompok 300 universiti terbaik dunia menjelang 2030.


Di peringkat Asia, UUM menyasarkan lonjakan daripada kelompok 100 terbaik kepada 50 universiti terbaik Asia, di samping mengekalkan kedudukan dalam 20 universiti terbaik Asia Tenggara secara konsisten.


Sasaran strategik lebih berani ialah usaha memperoleh Penarafan Triple Crown, iaitu pengiktirafan serentak daripada Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), Association of MBAs (AMBA) dan European Quality Improvement System (EQUIS), yang melambangkan kecemerlangan menyeluruh dalam pendidikan pengurusan dan perniagaan bertaraf antarabangsa.

Di peringkat nasional, UUM turut menyasarkan pencapaian penarafan tertinggi enam bintang bagi Malaysian Research Assessment (MyRA) dan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) sebagai indikator keunggulan dalam penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan tadbir urus institusi.

Selain reputasi akademik, kepemimpinan baharu UUM memberikan penekanan serius terhadap kemampanan kewangan jangka panjang.

Universiti mensasarkan kedudukan kewangan mampan melalui pencapaian hasil tahunan melebihi perbelanjaan atau lebihan kewangan (surplus), bagi memastikan pelaksanaan agenda akademik dan penyelidikan dapat diteruskan secara lestari tanpa kebergantungan berlebihan kepada peruntukan kerajaan.


Dua artikel jurnal berindeks setiap pensyarah

Dalam bidang akademik dan penyelidikan, UUM menetapkan sasaran penerbitan dua artikel jurnal berindeks bagi setiap pensyarah menjelang 2026, berbanding purata 0.67 artikel pada 2025.

Kepemimpinan akademik turut diperkasa dengan sasaran 65 peratus pensyarah berperanan sebagai penyelidik utama, berbanding 48 peratus pada tahun sebelumnya, serta peningkatan peratusan penulis pertama sebagai penanda aras kepemimpinan intelektual.

Dari sudut kebolehpasaran siswazah, UUM mensasarkan kadar 99 peratus menjelang 2030, di samping meningkatkan peratus siswazah bergaji premium RM4,000 ke atas kepada 16 peratus pada 2026 berbanding 13 peratus pada 2025.

Enrolmen pelajar antarabangsa pula disasarkan meningkat kepada 3,000 orang menjelang 2026, berbanding 1,919 orang pada 2025, sebagai sebahagian agenda pengantarabangsaan institusi.

Dalam aspek kewangan, universiti memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan alternatif melalui zakat, wakaf, endowmen dan sumbangan luar, dengan sasaran pendanaan sekurang-kurangnya 2.5 peratus daripada bajet mengurus universiti sebagai langkah memperkukuh daya tahan kewangan.

Bagi memastikan strategi tidak terhenti pada dokumen, UUM menggariskan 12 tujahan strategik bagi 2026 sebagai pelan tindakan bersifat langsung dan boleh diaudit.

Agenda pengantarabangsaan akan dilonjakkan secara agresif, termasuk melalui penjenamaan semula Bahagian Pemasaran Universiti kepada Recruitment and Global Engagement, yang mencerminkan peralihan paradigma daripada promosi pasif kepada pembabitan global strategik dan berasaskan hasil.

Keterlihatan ilmuwan UUM turut dijadikan agenda institusi, dengan keperluan setiap pusat pengajian memastikan pakar akademik universiti tampil sebagai rujukan utama dalam perbahasan isu nasional dan antarabangsa.

Pada masa sama, kebajikan dan kesejahteraan warga kampus terus diperkasa melalui inisiatif hari tanpa mesyuarat, program kesihatan, ziarah staf sakit dan pengurangan tekanan kerja mencerminkan pendekatan kepemimpinan yang berperikemanusiaan dan berempati.

Perkasa mahasiswa, lahikan siswazah bermutu
UUM juga beriltizam mengukuhkan nilai, adab dan integriti dalam budaya kerja, seiring usaha meningkatkan kebolehpasaran siswazah melalui pemerkasaan mahasiswa dan penyelarasan program akademik dengan keperluan industri.

Jaringan kolaborasi universiti-industri-komuniti akan terus dimantapkan bagi memastikan penghasilan ilmu dan bakat yang relevan dengan realiti semasa.

Bagi menyokong kecekapan organisasi, aliran kerja universiti akan diperkemas melalui pengurangan kerenah birokrasi dan penghapusan budaya saling menolak tanggungjawab.

Pusat alumni pula akan digerakkan secara lebih proaktif untuk menggembleng jaringan, kepakaran dan sumbangan alumni dalam pembangunan universiti.

Pendemokrasian kecerdasan buatan (AI) akan dilaksanakan secara inklusif, memastikan teknologi dimanfaatkan secara menyeluruh dalam ekosistem universiti, manakala pembangunan kampus lestari dan mampan akan terus diperkukuh selaras dengan agenda kelestarian global.

Dalam usaha meningkatkan prestasi akademik, UUM akan menyemak semula komponen penilaian prestasi dan kenaikan pangkat dengan penekanan lebih tegas terhadap penerbitan berindeks Scopus.

Pensyarah sangat produktif dalam jurnal Q1 dan Q2 akan diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) khusus berfokus kepada penerbitan, manakala proses pengambilan pensyarah baharu diperketat dengan penilaian H-index sebagai kriteria utama.

Penawaran geran penyelidikan dalaman turut ditingkatkan melalui dana permulaan, geran inovasi sosial, geran pusat pengajian serta keperluan penerbitan Scopus bagi pelajar pascasiswazah sebagai pemangkin kepada budaya penyelidikan berprestasi tinggi.

Ringkasnya, hala tuju dan pelan tindakan UUM di bawah kepemimpinan Prof Dr Ahmad Martadha memperlihatkan satu bentuk kepemimpinan universiti jelas, berdisiplin dan berani membuat keputusan strategik.

Ia menandakan peralihan daripada budaya pentadbiran reaktif kepada kepemimpinan transformasi berteraskan nilai, data dan keberhasilan.

Penulis adalah Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia (UUM)

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2026/02/1504824/hala-tuju-uum-diperkasa-seiring-rancangan-pendidikan-negara





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 02:50 PM | Show all posts
Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed. Foto NSTP/Ihsan UUM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.296761 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list