CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32435|Reply: 0

[Sarawak] AirBorneo bakal terima lapan pesawat ATR antara 2027 hingga 2029

[Copy link]
Post time 3-2-2026 01:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUALA LUMPUR: AirBorneo memeterai perjanjian dengan pengeluar pesawat ATR untuk menempah lapan pesawat terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran dijadualkan antara 2027 dan 2029.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, AirBorneo dan ATR berkata perjanjian yang dimuktamadkan pada akhir 2025 itu turut termasuk hak pembelian empat pesawat tambahan, sekali gus memberikan pilihan pertumbuhan pada masa depan selain daripada menyediakan perkhidmatan udara luar bandar (RAS).

Menerusi perjanjian itu juga ia membuka peluang potensi pengembangan serantau dalam kawasan pertumbuhan ASEAN Timur yang merangkumi Brunei–Indonesia–Malaysia–Filipina.

“Ini menandakan pencapaian penting dalam transformasi AirBorneo menjadi syarikat penerbangan milik Sarawak dan pengambilalihan tanggungjawab bagi rangkaian RAS, satu perkhidmatan awam penting yang menghubungkan komuniti terpencil dan kurang mendapat perkhidmatan di Sarawak, Sabah dan Labuan,” kata kenyataan itu.

Ia berkata tempahan berkenaan menyokong strategi pembaharuan armada jangka panjang AirBorneo susulan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd oleh kerajaan Sarawak pada 2025 dan penjenamaan semula syarikat itu sebagai AirBorneo.

AirBorneo kini mengendalikan lapan pesawat ATR 72-500 yang diambil alih daripada MASwings.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.568897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list