CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23157|Reply: 0

[Perlis] Tiga bekas ADUN Perlis akan lalui proses keahlian baharu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 01:40 AM | Show all posts |Read mode
Tiga bekas ADUN Perlis akan lalui proses keahlian baharu

ADILA SHARINNI WAHID
02 Februari 2026 09:11pm





Takiyuddin (dua dari kanan) melawat ke gudang terbakar di Jalan Kebun Sultan.




KOTA BHARU - Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang mengemukakan hasrat untuk kembali menyertai Pas akan melalui proses kemasukan sebagai ahli baharu, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau, sebarang permohonan akan diproses mengikut prosedur biasa yang ditetapkan parti, sama seperti permohonan keahlian lain.


Takiyuddin berkata, setakat ini beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan, namun pejabatnya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada individu terbabit.

“Saya dimaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka sudah mengemukakan permohonan baharu untuk menyertai Pas, tetapi setakat ini tiada permohonan rasmi diterima oleh pejabat saya.


“Maklumat itu hanya disampaikan kepada saya melalui sekretariat Majlis Syura semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah gudang pemborong buah-buahan import dan bawang yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kebun Sultan, di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas akan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan pusat bagi memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh tiga bekas ADUN Perlis berkenaan, yang dipecat susulan krisis politik negeri itu bulan lalu.

Tiga bekas ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata setiap permohonan akan melalui proses saringan biasa sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pas Pusat untuk pertimbangan dan keputusan muktamad.


“Keputusan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti,” katanya.

Untuk rekod, Pas menamatkan keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit selepas mereka bersama lima ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Perlis yang baharu iaitu ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah menggantikan ADUN Sanglang, Shukri Ramli daripada Pas.

https://www.sinarharian.com.my/article/766521/berita/politik/tiga-bekas-adun-perlis-akan-lalui-proses-keahlian-baharu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.539299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list