CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38742|Reply: 0

[Perlis] Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber, panduan hidup - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 2-2-2026 01:12 AM | Show all posts |Read mode
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber, panduan hidup - Raja Perlis

Oleh BERNAMA - Februari 1, 2026 @ 11:30pm





Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah pada Majlis Penutup Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis Siri Ketiga 2026 di Dewan 2020 di Kangar, hari ini. - Foto BERNAMA



KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru umat Islam memperkukuh kefahaman dan pegangan terhadap sunah Nabi Muhammad SAW sebagai sumber asas ilmu dan panduan dalam kehidupan seharian.

Baginda bertitah sunah memainkan peranan penting bukan sahaja dalam ibadah tetapi juga dalam membentuk keperibadian, memperkukuh masyarakat dan membina tamadun yang teguh berlandaskan nilai moral dan etika.

"Sunah membentuk individu yang membina masyarakat dan melahirkan tamadun yang kuat serta berdaya tahan," titah baginda ketika menyempurnakan majlis penutupan Konvensyen Sunah Antarabangsa Perlis 2026 Siri Ketiga di Dewan 2020, di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis itu.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah umat Islam mesti dibimbing untuk membezakan amalan agama yang berakar umbi daripada ajaran sahih dengan amalan yang dipengaruhi oleh adat atau andaian tanpa asas jelas dalam Islam.

"Islam mempunyai panduan yang jelas, tersusun dan sahih bukan atas amalan warisan yang kekurangan kefahaman yang betul.

"Perkara yang tidak diasaskan oleh panduan sahih, walaupun kelihatan baik pada zahirnya namun mungkin boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak diteliti dengan ilmu dan kebijaksanaan," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah walaupun tradisi budaya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian, namun ia mesti kekal dalam batasan ditetapkan al-Quran dan sunah, terutamanya dalam perkara yang tidak dinyatakan secara spesifik hukum syarak.

Baginda bertitah konvensyen bertemakan "Sunah: Sumber Ilmu" yang menarik penyertaan menggalakkan dari dalam dan luar negara mencerminkan peningkatan kesedaran tentang kepentingan dalam mengukuhkan kefahaman sunah dalam masyarakat kontemporari.

Tuanku Syed Sirajuddin juga menzahirkan penghargaan kepada penganjur dan penceramah selain menyifatkan himpunan itu lebih daripada sekadar acara akademik kerana menjadi platform kepada pertukaran ilmu, pandangan dan kepakaran yang bermakna antara cendekiawan serta tokoh dakwah.

Selain itu, baginda bertitah menghidupkan semula sunah dalam pembentukan peribadi dan pembinaan tamadun menjadi keperluan mendesak bagi memastikan kewujudan masyarakat bermaruah dan negara yang makmur.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1504278/perkukuh-kefahaman-pegangan-terhadap-sunah-sebagai-sumber-panduan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5bhatt ji
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 2626 Replies : 0
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19207 Replies : 24
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3232 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 3839 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3941 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 4041 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 4551 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.544158 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list