CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40685|Reply: 0

[Johor] MINDEF perkukuh pendigitalan, AI untuk bendung rasuah, salah guna kuasa ATM

[Copy link]
Post time 1-2-2026 10:47 AM | Show all posts |Read mode


Kota Tinggi: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengelakkan isu rasuah dan salah guna kuasa berulang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pendekatan itu tidak hanya tertumpu kepada tindakan terhadap individu, sebaliknya membabitkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian.

"Antara langkah utama yang akan dilaksanakan termasuk pendigitalan penuh proses perolehan, penggunaan AI bagi analisis harga dan keperluan aset pertahanan, serta penerapan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) dalam pengurusan kementerian dan ATM.

"Melalui pendigitalan, kita boleh mengesan perolehan yang dibuat di pelbagai peringkat, mengenal pasti sama ada sesuatu kontrak berulang kali diberikan kepada syarikat yang sama atau syarikat yang mempunyai pemilikan berkaitan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata selepas merasmikan Program Kampung Angkat Madani Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili di sini hari ini.

Menurutnya, penggunaan AI pula membolehkan kementerian menilai sama ada sesuatu harga perolehan adalah munasabah dengan membuat perbandingan dengan amalan negara lain, selain mengenal pasti sebarang kecenderungan atau corak mencurigakan dalam proses membuat keputusan.

"AI boleh membantu menentukan sama ada sesuatu barangan itu sesuai atau tidak, mahal atau tidak, dan sama ada wujud kecenderungan tertentu dalam proses perolehan," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga sedang mempertimbangkan penubuhan unit khas bagi mengendalikan aduan serta pemantauan dalaman secara berterusan bagi memastikan langkah pencegahan yang diambil benar-benar berkesan.

Sementara itu, mengulas pelantikan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24, Mohamed Khaled berkata pelantikan itu dibuat dalam suasana mencabar dan menuntut kerjasama erat antara kepimpinan ATM dan kementerian.

"Saya percaya Panglima Angkatan Tentera yang baharu akan bersama kementerian dalam usaha memulihkan imej dan reputasi ATM, selain memastikan integriti dan tadbir urus yang baik terus diperkukuh.

"Usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam ATM adalah proses berterusan yang memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara terus terpelihara," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36825 Replies : 73
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1717 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 1818 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 2424 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 2626 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.335936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list