|
View: 19647|Reply: 12
|
10 kapal perang AS kini di Timur Tengah - "Masa semakin suntuk" kata Trump
[Copy link]
|
|
|
Washington: Kedatangan kumpulan kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat, baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di rantau itu kepada 10.
Ia sekali gus memperkuatkan keupayaan kekuatan ketenteraan besar yang tersedia kepada Presiden Donald Trump, sekiranya beliau memilih untuk mengambil tindakan terhadap Iran.
Jumlah kapal perang di Asia Barat kini menyamai kekuatan yang pernah dihantar AS ke Caribbean sebelum operasi mengejut bagi menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, awal tahun ini.
Seorang pegawai AS pada Rabu memaklumkan jumlah keseluruhan kapal AS di Asia Barat kini adalah 10, termasuk kumpulan kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln yang dilengkapi tiga kapal pemusnah dan jet pejuang siluman F-35C.
Terdapat enam lagi kapal perang AS yang beroperasi di rantau itu, terdiri daripada tiga kapal pemusnah dan tiga kapal tempur pesisir.
"Armada besar sedang menuju ke Iran," kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya pada Rabu, sambil menegaskan bahawa seperti di Venezuela, kekuatan itu siap, sanggup dan mampu melaksanakan misi dengan pantas, kelajuan dan keganasan jika perlu.
"Masa semakin suntuk," tambahnya sambil menggesa Tehran supaya "BUAT PERJANJIAN!"
Misi Tehran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membalas kenyataan itu melalui hantaran di X dengan menyatakan negara itu "sedia untuk berdialog" tetapi "JIKA DIPAKSA, IA AKAN PERTAHANKAN DIRI DAN MEMBALAS DENGAN CARA YANG TIDAK PERNAH DILIHAT SEBELUM INI!"
Kapal pengangkut pesawat dan kapal pengiringnya dihantar ke Asia Barat ketika Iran bertindak tegas terhadap protes yang bermula daripada rungutan ekonomi tetapi berkembang menjadi gerakan besar-besaran menentang republik Islam itu.
Kepimpinan ulama yang memerintah sejak revolusi Islam 1979 bertindak balas terhadap demonstrasi itu dengan keganasan termasuk tindakan membawa maut sambil mengekalkan kuasa.
Hal ini menyebabkan ramai penentang melihat campur tangan luar sebagai cara paling mungkin untuk memacu perubahan.
Trump berulang kali memberi amaran kepada Iran bahawa jika mereka membunuh penunjuk perasaan, AS akan campur tangan secara ketenteraan selain menggalakkan rakyat Iran mengambil alih institusi negara dengan menyatakan "bantuan sedang dalam perjalanan."
Beliau sebelum ini menarik balik arahan serangan awal bulan ini selepas Tehran menghentikan lebih 800 hukuman mati di bawah tekanan Washington. Namun sejak itu, beliau memperbaharui ancaman terhadap Iran.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
: sudah bermula |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kafir ni
akan attack masa bulan puasa (orang tengah lapar)
dan dekat nak raya.(orang tengah nak bersuka ria jumpa keluarga)
masa orang tengah leke.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Once Iran dah start terbakar memang no turning back dah. That was last negara memang ada dalam plan. Ayatollah memang takkan deal dgn Trump, they want him out tapi still takde replacement siapa nak ganti dia, anak Shah Pahlavi lagi la kena reject. For now agent2 spy bagi destabilize sambil cari replacement. But memang Iran negara last yang nak dihancurkan is just a matter of time. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe cardi b tetap sokong trump dari belakang. Eh bukan cardi b tapi sorang lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 29-1-2026 07:45 PM
Orang kafir ni
akan attack masa bulan puasa (orang tengah lapar)
itulah kan
banyak kejadian sebelum ni rasanya sama time ramadan atau syawal...
tak silap kalau tgk track rekod kat gaza pun sama.. nak bom time2 ramadan atau syawal.. betulkan kalau akak salah komen |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok israel
try sendiri gagal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah rega emas makin naik...ingatkn pasal rezab amurika tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ape lagi la usa ni... teruk tul duk serang ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iran dah finish
start kejatuhan assad di syria..
jalan highway terbentang luas from tel aviv to tehran via damascus
penipuan ummat sunni selalu kata dajjal kluar dari isfahan (ada juga kata dajjal keluar dari khurasan mana mana jela sukahati korangla ) akan jadi kenyataan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 30-1-2026 11:12 AM
iran dah finish
start kejatuhan assad di syria..
jalan highway terbentang luas from tel aviv to tehr ...
Belum finish lagi.....kasi lawan dulu apa guna missile banyak2 tak guna.
US and Iran tengah deal now dekat Oman, anything goes wrong maybe they start bombing kot. Trump asking US citizen to leave Iran now.
Ni war betul2 nak WW3 ker ni?
Personally I want Iran to give a strong fight.
Fight with the spirit of Khalifah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
China’s YLC-8B Radar Transfer to Iran Could Rewrite Middle East Airpower and End Stealth Dominance
The reported deployment of China’s long-range YLC-8B anti-stealth radar in Iran signals a strategic shift in Middle Eastern air defense architecture, directly challenging U.S. and Israeli reliance on fifth-generation stealth aircraft and reshaping regional deterrence dynamics.
EnglishGlobalInternational
By admin On Feb 5, 2026
(DEFENCE SECURITY ASIA) — The reported transfer of China’s YLC-8B strategic three-dimensional radar to Iran represents a decisive escalation in Beijing’s military-technical support to Tehran, with one defence analyst warning that “the YLC-8B is one of the few radars of its type in the world which can continuously detect and track a Western fifth-generation aircraft at long range,” fundamentally reshaping regional airpower assumptions.
Emerging intelligence claims that China has delivered multiple YLC-8B radar systems—each capable of detecting targets out to 700 kilometres—signal a strategic recalibration in Middle Eastern air defense architecture that directly challenges longstanding assumptions underpinning U.S. and Israeli stealth-centric strike doctrines against Iranian territory.
This alleged transfer gains heightened significance following the recent 12-day conflict between Israel and Iran, where Tehran’s air defense vulnerabilities were exposed, prompting an urgent effort by Iranian military planners to rebuild and harden detection layers capable of countering advanced low-observable platforms and long-range stand-off strike profiles.

YLC-8B radar
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 29-1-2026 07:12 PM
iran dah finish
start kejatuhan assad di syria..
jalan highway terbentang luas from tel aviv to tehr ...
If republican mahu iranian american vote perlu free iran... For 1st time aku dengar iranian kata nya tidak mahu jadi gog and magog ( pro free iran) ... Refer kitab lama religous context... iran - russia relation ... Btw face expression seperti serious... But aku anggap sarcasm  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|