CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12788|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Salah tamat kemarau gol, Liverpool benam Qarabag

[Copy link]
Post time 29-1-2026 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Salah tamat kemarau gol, Liverpool benam Qarabag

Januari 29, 2026 @ 7:10am





Pemain Liverpool, Mohamed Salah (tengah) meraikan gol ketiga bersama rakan sepasukan ketika berdepan Qarabag pada aksi Liga Juara-Juara UEFA di Anfield, Liverpool. The Reds menang 6-0. – Foto REUTERS



LIVERPOOL, England: Mohamed Salah menamatkan kemarau jaringan bersama Liverpool apabila The Reds membelasah Qarabag 6-0 awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara serta meredakan tekanan terhadap pengurus Arne Slot.

Pasukan kendalian Slot menguasai sepenuhnya aksi menentang kelab Azerbaijan itu apabila dua gol pada separuh masa pertama hasil sentuhan Alexis Mac Allister dan Florian Wirtz meletakkan tuan rumah selesa di Anfield.

Salah menambah derita Qarabag sejurus babak kedua bermula apabila menjaringkan gol ketiga pada penampilan ke-80 Liga Juara-Juara bersama Liverpool, menyamai rekod kelab.

Gol itu menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa jaringan buat penyerang Mesir berusia 33 tahun itu, dengan gol terakhirnya sebelum ini hadir pada 1 November lalu.

Sepanjang tempoh hambar itu, dia digugurkan daripada kesebelasan utama mendorongnya mendakwa dia "dicampak ke bawah bas" oleh kelab ketika menggambarkan hubungan dingin bersama Slot.

Bagaimanapun, kedua-duanya berdamai sebelum Salah berlepas menyertai Piala Negara-Negara Afrika bulan lalu dan Slot berharap jaringan itu mampu mencetus kebangkitan semula prestasi pemain bintangnya.

Hugo Ekitike menjaringkan gol keempat sebelum Mac Allister dan Federico Chiesa melengkapkan kemenangan terbesar Liverpool dalam semua pertandingan sejak tahun 2023, sekali gus mengesahkan kemaraan automatik ke pusingan 16 terakhir.

Selain mengelak pusingan play-off, penamat di tangga ketiga fasa kumpulan turut menghadiahkan Liverpool kelebihan beraksi di laman sendiri pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir.

Walaupun dibelasah di Merseyside, Qarabag tetap layak ke pusingan play-off selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-22.

Kemaraan ke pusingan kalah mati itu amat penting buat Slot, yang berdepan pelbagai persoalan sukar mengenai kempen bermasalah pasukannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1502767/salah-tamat-kemarau-gol-liverpool-benam-qarabag






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2026 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.120721 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list