CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39408|Reply: 0

[Sarawak] PPS dibuka di Sebuyau bagi tempatkan mangsa bencana banjir

[Copy link]
Post time 27-1-2026 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2026 11:51 AM



JBPM dari BBP Asajaya melaksanakan rondaan pemantauan banjir di Kampung Sadong Jaya Ulu. – Gambar JPBM

KUCHING:

Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sebuyau bagi menempatkan mangsa bencana banjir susulan peningkatan paras air di kawasan terbabit.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) menerusi kenyataan memaklumkan PPS Bangunan Masjid Lama Kampung Seruyuk mula beroperasi pada jam 8 pagi ini.

Menurutnya, setakat jam 8 malam (Isnin), seramai 34 mangsa daripada lapan Ketua Isi Rumah (KIR) telah ditempatkan di PPS berkenaan.

Tambah kenyataan itu, trend pemindahan mangsa ketika ini dilaporkan meningkat.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir dan Monsun Timur Laut (MTL) di Kampung Sadong Jaya Ulu pada jam 8.45 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM berkata rondaan melibatkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dengan keadaan cuaca dilaporkan mendung serta paras air menunjukkan trend surut, namun air didapati naik di beberapa kawasan berikutan hujan berterusan.

JBPM turut menasihati penduduk setempat agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan paras air serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 11:48 PM GMT+8 , Processed in 2.294715 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list