CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13290|Reply: 1

[Tempatan] Tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara beralih masuk ke Malaysia

[Copy link]
Post time 23-1-2026 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2026 05:19 AM





Tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara beralih masuk ke Malaysia
Foto hiasan.



Jakarta: Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan (BNPP), Makhruzi Rahman mendedahkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara kini beralih masuk menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan oleh Makhruzi semasa mesyuarat bersama Suruhanjaya II DPR di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta pada Rabu.

Pada permulaan, Makhruzi menjelaskan isu Outstanding Boundary Problem (OBP) atau pertikaian sempadan belum selesai yang dipersetujui antara Indonesia dan Malaysia membabitkan Pulau Sebatik. Pulau ini mempunyai kawasan yang terbahagi antara kedua-dua negara.

"Terdapat tiga OBP yang dipersetujui menerusi memorandum persefahaman pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 bertarikh 18 Februari 2025 di Pulau Sebatik, iaitu di B-2700 serta B-3000 melibatkan batu sempadan dan Simantipal.

"Ini meninggalkan baki kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik yang kini masuk ke wilayah Indonesia," kata Makhruzi seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, wujud empat segmen OBP di sekitar sektor Barat, Kalimantan Barat yang belum diselesaikan iaitu di D-400, Gunung Rayan, Sibuan dan Batu Aum.

"Segmen ini kini dalam fasa tinjauan lapangan secara unilateral oleh pasukan teknikal rundingan kedua-dua negara serta pelaksanaan Perbincangan Pertukaran Maklumat bagi membincangkan TOR dan SOP," katanya.

Makhruzi melaporkan wujud tiga desa yang sebelum ini berada di bawah pentadbiran Nunukan, kini memasuki kawasan Malaysia.
"Bagi wilayah bekas OBP Sinapat dan Kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, sebahagian kawasan tiga desa berkenaan kini memasuki wilayah Malaysia," katanya.

Makhruzi memperincikan, tiga desa yang kini menjadi wilayah Malaysia ialah Desa Kabungalor, Desa Lepaga dan Desa Tetagas.
Dalam pada itu, Makhruzi mendakwa Indonesia turut memperoleh tambahan kawasan.

"Jumlah kawasan yang memasuki Indonesia adalah sekitar 5,207 hektar. Jadi ia kini masuk ke wilayah Indonesia.

"Tambahan tanah seluas 5,207 hektar yang dahulunya milik Malaysia ini dicadangkan untuk menyokong pembangunan kawasan sempadan sebagai pengganti hutan bagi pembangunan Zon Perdagangan Bebas," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2026 05:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2026 01:27 AM





https://youtu.be/LZ6rku752-c




https://youtu.be/MquxE2Yw7MU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.115850 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list