CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39328|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemuda nahas Krabi perlukan RM80,000

[Copy link]
Post time 22-1-2026 04:23 AM | Show all posts |Read mode
Muhammad Hazim masih memerlukan bantuan oksigen di sebuah hospital di Krabi, Thailand.





Pemuda nahas Krabi perlukan RM80,000



  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 21 Januari 2026, 6:40 pm








SEBERANG PERAI – Seorang rakyat Malaysia yang koma di sebuah hospital di Krabi, Thailand selepas terlibat kemalangan de­ngan sebuah lori di negara jiran itu pada 31 Disember tahun lalu, memerlukan RM80,000 untuk dibawa pulang.

Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, kini masih dirawat di hospital itu susulan kecederaan parah di bahagian kepala.

Ibunya, Rozina @ Norhafizah Abdul Rajad, 51, berkata, kea­daan anaknya kini stabil, namun masih memerlukan bantuan oksigen berterusan serta rawatan susulan termasuk pembedahan pembaikan tulang muka.

“Pihak hospital membenarkannya dihantar pulang ke sini untuk rawatan, namun saya perlu menyelesaikan bil rawatan yang kini sudah lebih RM80,000.

“Saya tidak minta apa-apa selain peluang untuk membawa anak saya pulang untuk dirawat di tanah air,” katanya selepas bertemu Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau di Bukit Mertajam di sini.

Sementara itu, Sui Hau berkata, pihaknya bersetuju untuk membantu mangsa memandang­kan keluarganya hanya mempu­nyai pendapatan sederhana.

Katanya, Muhammad Hazim hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan sekitar RM2,500 sebulan, manakala abangnya yang bertugas seorang juruteknik kilang pula kini berada di Krabi bagi menguruskan perihal adiknya itu.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare menerusi nombor akaun 3201428817.

Sumbangan juga boleh disa­lurkan menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/21/saya-perlukan-bil-rawatan-rm80000/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.101713 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list