CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37635|Reply: 0

[Kedah] Blitz cabar The Next Factor dalam RLIR 2026

[Copy link]
Post time 21-1-2026 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Blitz cabar The Next Factor dalam RLIR 2026

Oleh Hamzah Osman - Januari 21, 2026 @ 8:48pm





Kapal layar Blitz dari Hong Kong dikemudi Nick Burns beraksi dalam kelas Racing pada Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2026 di Langkawi. – Foto NSTP/Hamzah Osman



LANGKAWI: Kapal layar Blitz dari Hong Kong mempamerkan momentum sebagai pencabar utama kepada juara bertahan, The Next Factor dalam kelas Racing pada Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2026.

Selepas dua hari saingan di perairan Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi (RLYC), di sini, Blitz yang dikemudi Nick Burns mengekori rapat The Next Factor selepas mengumpul enam mata, hanya satu mata di belakang pasukan kendalian Rolf Heemskerk itu.

Kedudukan mata yang rapat dicatat kedua-dua pasukan selepas tamat perlumbaan Harbour Race pada hari pertama semalam, disusuli perlumbaan Winward/Leeward dan Coastal Courses hari ini.

Burns berkata, beliau menjangkakan cabaran lebih sengit pada perlumbaan seterusnya, namun tidak menganggap persaingan sengit itu sebagai tekanan buat pasukannya.

"Saya tidak pasti bagaimana perlumbaan esok, namun saya dan rakan sepasukan dari Blitz akan terus berusaha dalam perlumbaan yang sukar.

"Saya tidak rasa ia satu tekanan kerana kami juga sudah beberapa kali menaiki podium kejohanan regata peringkat antarabangsa," katanya.

Tempat ketiga bagi kelas Racing setakat ini menjadi milik kapal layar Alive yang dipimpin Duncan Hine dengan catatan lapan mata.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/01/1499721/blitz-cabar-next-factor-dalam-rlir-2026





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.641653 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list