CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36563|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak cedera kaki tersepit 'sprocket' motosikal

[Copy link]
Post time 21-1-2026 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak cedera kaki tersepit 'sprocket' motosikal

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
21 Januari 2026 09:58pm





Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam pada Rabu.




GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan pada kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.33 malam itu, motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggang seorang lelaki dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan pembonceng kanak-kanak tersebut tersepit kaki di bahagian 'sprocket' motosikal berkenaan.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi empat minit kemudian dengan kekuatan lapan anggota termasuk penyelia melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).


"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas segera melakukan penilaian awal dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7.44 malam.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Sementara itu, penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an juga mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Ujar beliau, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.50 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menunggang motosikal terutamanya melibatkan kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/764996/edisi/utara/kanak-kanak-cedera-kaki-tersepit-sprocket-motosikal


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 1.147555 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list