CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima sekeluarga cemas kereta dinaiki terhumban ke longkang

[Copy link]
Post time 20-1-2026 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Lima sekeluarga cemas kereta dinaiki terhumban ke longkang

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 20, 2026 @ 11:26am




Anggota bomba mengeluarkan pemandu kereta yang terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Juru-Perai, pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Pulau Pinang



BUTTERWORTH: Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang di Kilometer 130.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara Juru-Perai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.56 pagi itu, kenderaan jenis Honda Jazz dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam longkang di bahu lebuh raya berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 pagi sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan sepasang suami isteri dan tiga kanak-kanak dengan empat daripada mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

Beliau berkata, Mohd Firdaus Abu Hassan, 41, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas pasukan menyelamat pada jam 5.42 pagi.

"Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, isteri mangsa, Nurhafiza Ahmad Tajuddin, 42, serta tiga kanak-kanak masing-masing berusia 14, sembilan dan tujuh tahun dilaporkan selamat tanpa kecederaan.

John Sagun berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 6.06 pagi tadi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1498934/lima-sekeluarga-cemas-kereta-dinaiki-terhumban-ke-longkang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list