CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3 rumah, 4 kenderaan terbakar di Taman Guar Perahu

[Copy link]
Post time 20-1-2026 02:52 PM | Show all posts |Read mode
3 rumah, 4 kenderaan terbakar di Taman Guar Perahu

Oleh BERNAMA - Januari 20, 2026 @ 11:15am





Kebakaran di Guar Perahu menyebabkan tiga rumah, empat Kenderaan terbakar. - Foto Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang



BUKIT MERTAJAM: Tiga rumah teres setingkat bersama empat kenderaan terbakar, manakala seorang lelaki pengsan akibat kejadian itu di Taman Guar Perahu, di sini awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Bukit Mertajam serta Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.29 pagi.

"Sebaik tiba, didapati tiga rumah terbakar. Sebuah kereta jenis Toyota Yaris dan sebuah motosikal Honda RS pula musnah 90 peratus, manakala sebuah motosikal Honda Wave dan Suzuki masing-masing terbakar 10 dan 15 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditemukan di luar rumah dalam keadaan pengsan sebelum dihantar ke hospital oleh pasukan perubatan serta dilaporkan selamat.

Pasukan bomba katanya berjaya mengawal api kebakaran pada 3.56 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada 5.38 pagi.

Operasi tamat sejam kemudian manakala punca kebakaran sedang disiasat.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1498924/3-rumah-4-kenderaan-terbakar-di-taman-guar-perahu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.485702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list