CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 70|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India

[Copy link]
Post time 17-1-2026 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India

17 Januari 2026 04:01pm





Pearly-Thinaah terlepas ke pentas final Terbuka India 2026 selepas disingkirkan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir di New Delhi, hari ini.






BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pentas final Terbuka India 2026 selepas disingkirkan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir di New Delhi, hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, gandingan Jepun itu tampil lebih bertenaga untuk menundukkan Pearly-Thinaah 21-16, 21-13 dalam tempoh 46 minit, sekali gus menamatkan kemaraan pasangan pilihan kedua kejohanan itu.


Thinaah mengakui kelincahan serta kepantasan pergerakan Fukushima-Matsumoto memberi tekanan berterusan sehingga menjejaskan kekuatan pertahanan mereka, sekali gus membuka ruang buat lawan mengatur serangan dengan lebih berkesan.

"Dalam perlawanan ini, pihak lawan benar-benar memberi tekanan menerusi serangan pantas mereka dan situasi itu menyebabkan pertahanan kami kurang mantap.

Ini aspek yang perlu kami perbaiki dan lebih berwaspada, terutama apabila berdepan lawan yang bermain pada tempo tinggi.


"Pada masa sama, kami perlu lebih peka ketika bertahan serta tampil lebih agresif dan berani dalam corak permainan,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan, hari ini.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian edisi lalu apabila turut terkandas di peringkat separuh akhir.

Selepas ini, Pearly-Thinaah dijadual meneruskan cabaran negara pada kejohanan Masters Indonesia di Istora SEnayan, Jakarta, bermula Selasa ini, dengan bertemu gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai pada pusingan pertama. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/764440/berita/sukan/pearly-thinaah-terkandas-di-separuh-akhir-terbuka-india


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057821 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list