CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 96|Reply: 0

[Johor] PROJEK JALAN PINTAS MUAR-SEGAMAT SIAP FEBRUARI 2027

[Copy link]
Post time 17-1-2026 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Projek bernilai RM183.88 juta bermula Februari 2022 ini melibatkan pembinaan jalan pintas sepanjang 8.1 kilometer merangkumi laluan empat lorong dua hala, enam persimpangan berlampu isyarat, empat jambatan dan pemasangan lampu jalan.

IskandarPuteri – Projek pembinaan jalan pintas baharu bagi mengurangkan kesesakan trafik antara Muar, Tangkak dan Segamat kini mencatat kemajuan sebanyak 66.19 peratus sekali gus bakal meningkatkan kelancaran pergerakan di kawasan terlibat.

Dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027, laluan ini juga berpotensi memendekkan masa perjalanan dari Muar ke Segamat tanpa melalui bandar Tangkak dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

Projek bernilai RM183.88 juta bermula Februari 2022 ini melibatkan pembinaan jalan pintas sepanjang 8.1 kilometer merangkumi laluan empat lorong dua hala, enam persimpangan berlampu isyarat, empat jambatan dan pemasangan lampu jalan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri turut menyiapkan projek pembangunan Sistem Pengepaman ‘Online’ di Parit Jawa dan Parit Bakar, dekat Muar melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM874,000 pada Jun tahun lalu.

Pelaksanaan projek sistem pengepaman tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan agihan air, mengurangkan risiko pembaziran akibat kebocoran paip dan menjamin kestabilan bekalan yang lebih konsisten kepada pengguna seterusnya memberi manfaat langsung kepada lebih 4,000 akaun di kawasan terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.347418 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list