CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

[Johor] Penduduk terkejut lembu tinggal separuh, dipercayai dibaham harimau

[Copy link]
Post time 13-1-2026 07:42 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular menunjukkan lokasi penemuan bangkai lembu yang hanya tinggal separuh badan di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi dengan tapak kaki harimau turut dikesan berhampiran.

Kota Tinggi: Penemuan bangkai lembu yang hanya tinggal separuh badan mengejutkan penduduk Felda Penggeli Timur di sini, sekali gus menimbulkan kegusaran kerana disyaki ia perbuatan harimau.

Lembu milik peneroka itu disyaki dibaham harimau hanya pada jarak kira-kira satu kilometer dari kawasan perumahan penduduk, awal pagi semalam, dan ia pertama kali berlaku di penempatan terbabit.

Ketua Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Felda Penggeli Timur, Fauzi Mokhtar berkata, maklumat awal berhubung kejadian itu diperoleh daripada mandur ladang yang sedang memantau pekerja sebelum menemui bangkai lembu berkenaan pagi tadi.

"Serangan ini disyaki dilakukan oleh harimau kerana terdapat kesan tapak kaki harimau di lokasi kejadian.

Saiz tapak kaki itu juga agak besar seperti saiz harimau dewasa. Kejadian ini adalah yang pertama dilaporkan di sini dan tiada kes serangan harimau direkodkan sebelum ini.

"Cuma sebelum ini ada dengar cerita kelibat harimau dilihat di kawasan kampung Orang Asli, itu pun sekadar kelibat, bukan serangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu disyaki berlaku semalam, namun kerana bercuti, ia hanya disedari hari ini.

Katanya, laporan sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) oleh pengurusan ladang bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, tular gambar seekor lembu dengan kesan tapak kaki disyaki tapak kaki harimau, selain turut tular rakaman suarayang menasihatkan penduduk supaya berwaspada.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.346492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list