|
View: 117|Reply: 0
|
[Sukan & Senibela Diri]
Dimalukan beregu ranking 60 dunia, Pearly-Thinaah mohon maaf
[Copy link]
|
|
|
Dimalukan beregu ranking 60 dunia, Pearly-Thinaah mohon maaf
Oleh Aida Adilah Mat - Januari 8, 2026 @ 4:15pm

Pemain beregu wanita, Pearly Tan- M Thinaah memohon maaf kepada penyokong yang hadir selepas tewas kepada beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trians Puspitasari pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Walaupun terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah enggan menjadikan kekalahan sebagai alasan, sebaliknya tampil dengan permohonan maaf dan janji kebangkitan buat ribuan penyokong yang membanjiri Axiata Arena.
Thinaah mengakui rasa kecewa dan bersalah terhadap peminat yang hadir dari jauh, namun menegaskan mereka tidak akan berputus asa, sebaliknya mahu belajar daripada kekalahan sebelum bangkit lebih kuat pada kejohanan seterusnya.

Thinaah terjatuh ketika membalas pukulan pemain Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trians Puspitasari pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS
"Saya sangat menghargai peminat yang datang memberi sokongan pada perlawanan hari ini. Memang rasa sedih dan kecewa, tetapi kami tidak akan berputus asa.
"Kami akan belajar daripada perlawanan ini dan bangkit lebih kuat," kata Thinaah.
Dia turut mengakui rasa bersalah terhadap peminat yang hadir dari jauh dengan harapan menyaksikan kemenangan wakil negara.
Mengulas mengenai situasi di set pertama apabila ketinggalan 1-11 kepada lawan dari Indonesia itu, Thinaah menegaskan keyakinan mereka untuk kembali bangkit, bersandarkan pengalaman lalu dan sokongan padu rakan gandingan terutama di set pertama.
"Ini sesuatu yang atlet perlu pelajari. Kami yakin boleh bangkit semula.
Saya juga bersyukur ada dia di sisi saya.
Kami akan terus saling menyokong, saling mengingatkan dan bina semula keyakinan diri," katanya.

Pemain beregu wanita, Pearly Tan- M Thinaah ketika bertemu pemain Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trians Puspitasari pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS
Terdahulu kemarau hampir enam dekad beregu wanita negara di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terus berpanjangan sejak 1965 apabila sandaran utama, Pearly Tan-M Thinaah, terkandas di pusingan kedua, sekali gus menangguhkan lagi impian menamatkan penantian panjang di bumi sendiri.
Gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma–Meilysa Trias, berjaya membalas dendam kekalahan di final Sukan SEA Thailand selepas menyingkirkan beregu nombor dua dunia itu dalam perlawanan penuh tekanan di Axiata Arena yang berlangsung selama 54 minit.
Dalam aksi yang tegang itu, pasangan Indonesia berkenaan mencatat kemenangan straight set 26-24, 21-17 untuk melangkah ke suku akhir, meskipun berada di ranking ke-60 dunia.
Kekalahan itu menyaksikan penantian beregu wanita negara untuk menjulang kejuaraan di Terbuka Malaysia terus berlarutan, dengan kali terakhir dimenangi pada edisi 1965 menerusi gandingan Teoh Siew Yong-Rosalind Singha Ang.

Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trians Puspitasari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|